AKRAB @ KSL Hotel & Resort JB

Haaaa... Kau Ada??

haha..




A - Amanah
K - Komitmen
R - Rasional
A - Akhlak
B - Bestari

Akrab Tahap 2.. coming.. with exam.

KKMM @ Putrajaya

KKMM la sangattttt knn...

hi putrajaya..
I'm back.. hehe..


view from my room

06 jun 2013.. my 1st day at my new homeyy..


my place

actually harini is the 1st day aku menjejakkn kaki kt my new so-called ofis. masa lawatan tapak, half of the staff already dtg melawat. aku jek tk sempat join pasal sibuk bersilat dgn keje packing-memacking dkt BSAS kn.. kena pastikan sume brg naik lori. hihi..

memula masuk agak kaget la jgak. wahhh.. besarnye ofis. byknye tingkap.. chantekknyer view. haha. gayat oii kalo pndg bawah lama-lama. yerlah. dulu ofis kite sekangkang kera jek. masuk-masuk udah nmpk sume org.

the best part is.. yeSss.. tmpt aku ade tingkappp. I loikkee.. kikiki.. teringat kt ofis lama dulu yg belakangnye bertingkap. 2 tahun dok dlm gua. line hp pun pyh benor nk dpt. eh, jgn tatau. tmpt duduk kami telah ditentukan oleh pn Mem yer.. alhamdulilah puas hati sbb ade tingkap luas mato den memandang ;)


tonggang-langgang lagi meja

ade 4 org 44 so kami dok la berempat dlm bilik ni. 2 org 41 yg ditempatkn sebilik, bos-bos opkos masing-masing dpt sorg sebilik. the others, partition kt ruang tengah.

heppy semacam je rasa masuk ofis baru. hoping for new story, new view and new future.. insyaAllah.. semoga perpindahan ini ada hikmah bersamanya...


port rehatkn minda dn berangan ;)

packing packing packing

2 minggu yg sgt memenatkan...

sejak balik drp AKRAB, keje aku dan semua ahli opis adalah packing, packing dan packing..
drp packing fail sehinggalah packing komputer dan perabot.
drp packing brg dalam bilik sendre hinggalah semua brg 'bersama' yg ade dlm opis kami yg kononnya kecik itu :P


opis dh tk ghupe opis


apa pun tara bole buat

packing yg bermula sejak 20hb berakhir pd 4hb Jun bila turn brg kami akhirnye tiba utk ke putrajaya.
we r the last one pindah from BSAS.. coz kena bg bawah clear dulu then baru brg senang nk angkut kn...

this is my 1st time involved dgn opis yg terpaksa berpindah. staff senior yg 2,3 kali pindah dh. since from angkasapuri, then to BSAS block A, then BSAS block B.. and now to off to putrajaya. hopefully tkde pindah2 lg lps ni. letih dn sgt memenatkan!

sementara tunggu lori mover dtg, sempat melayan diri tgk askar dan polis tengah berlatih ngan panji-panji sempena sambutan agong hujung minggu nnti..


tengok raptai jek laa... lps ni tkde lg jln kena tutup, gado ngan polis bila dataran tutup sbb ade event.
haha.. pengalaman beb!

gonna miss BSAS very much.

kabinet kerajaan malaysia 2013

apa macam kenkawan?
dh g mengundi, dh tau sapa yg menang, lastly this is our government.
officially announced by our PM at 5.00 pm 15 May 2013..

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013


Perdana Menteri:
YAB Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri:
YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
(1) YB Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
(2) YB Dato Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) YB Senator Dato Sri Idris Jala (Senator)
(4) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS)
(5) YB Dato Seri Shahidan Bin Kassim (UMNO)
(6) YB Puan Hajah Nancy Binti Shukri (PBB)
(7) YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) YB Datuk Razali Bin Ibrahim (UMNO)
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: YAB Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)
(2) Menteri Kewangan Ii: YB Dato Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)

(3) Timbalan Menteri : YB Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
(2) Menteri Ii: YB Dato Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)

(3) Timbalan Menteri I: YB Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
(4) Timbalan Menteri Ii: YB Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Menteri Pengangkutan
(1) Menteri : YB Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : YB Dato Fadilllah Yusof (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Hamim Bin Samuri (UMNO)

Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Anifah Bin Haji Aman (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : YB Dato Hasan Bin Malek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (UMNO)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : YB Dato Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Jailani Bin Johari (UMNO)

Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : YB Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
(1) Menteri : YB Dato Seri Shafie Bin Haji Apdal (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
(1) Menteri : YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

Menteri Belia Dan Sukan:
(1) Menteri : YB Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Saravanan A/L Murugan (MIC)

Menteri Kesihatan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Subramaniam (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Seri Hilmi Bin Yahaya(UMNO)

Menteri Wilayah Persekutuan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
(1) Menteri : YB Dato Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Noriah Binti Kasnon (UMNO)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Sri Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
(1) Menteri : YB Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
(1) Menteri : YB Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
(1) Menteri : YB Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)

source from My Sumber

soklan seterusnya..
sume org tnya aku, mana kementerian penerangan?
kebudayaan udah join ngan pelancongan.
komunikasi udah join dgn multimedia.
penerangan?

kami main sembunyik2.. jgn maree...

p/s: seronok pulak main sorok2 kn.. haha..

marilah mari... pergi mengundi..

eh korang. harini 05 mei 2013. dh g mengundi ke?
rasa mcm bertahun lamanye menunggu saat-saat ni.. pemilihan pucuk pimpinan baru. slps 5 tahun kerajaan memeganng tampuk pemerintahan negara.
perang poster dh tk larat nk tgk. bukan setakat perang poster lg, perang banner, perang banting, perang bendera apatah lg kn.. ditambah dgn hujan lebat setiap hari, ade yg rebah menyembah bumi, tk kurang juga yg rebah atas kenderaan yg lalu lalang. sabar jerlah.

marilah mari..
pergi mengundi..
tunaikanlah kewajipan pada negara..

lagu nih jgak evergreen. tk bole lawan ngan lagu baru dak.

jd, 05 Mei 2013. hari mengundi untuk seluruh rakyat malaysia.
hujan lebat petang tu sbb kami keluar slps zohor.
tp dari pg lagi dh mcm mcm cter kluar. iyerlah. kn skrg informasi bergerak pantas dgn adenye fb twitter wassup dn watever lg la..

yg best.. cter pasal dakwat kekal yg 'kekallah sgt'.. hehe
yg menarik.. mat-mat bangla pegang ic nk g mengundi tp bila kena tnya soklan sapa isteri PM.. 'saya tatau. datang sini pangkah undi saja.' hhuu..

bermula jam 8 pg rakyat malaysia bersemangat kluar mengundi hinggalah menjelang pkul 5 ptg bila pusat-pusat undi mula ditutup.


Parlimen Lembah Pantai
Raja Long Chik vs Nurul Izzah


hujan lebat mengiringi pemangkahan undi

ade pulak yg komen kemudiannya, 'tak sabar nk tunggu malam'
apa lagi.. dh pangkah undi mesti nk tau sapa yg tersingkir, sapa yg tersungkur, sapa yg terduduk, sapa yg kekal dan sapa yg masih berdiri.. yer tk?
lumrah la tuh..

jenuh la dok depan tv nk menunggu keputusan satu-satu kawasan.
drp pkul 8 mlm membawa ke pkul 12 tgh mlm.. apsal la lmbt sgt keputusan penuh ni.
byk keputusan tk rasmi drp yg rasmi.

org spr berpeluh-peluh mengira undi, kite dok depan tv tau nk merungut jek kn..
tk patut, tk patut.. hehe..

akhirnya, mak lotihh tk larat dh nk nunggu. udah la sok koje kn. lainlah kalo dpt coti mcm org selangor :(
udah.. mari kite titon.

walau apapun, sini aku kongsi keputusan drp pilihanraya ke-13 semalam.

Artikel informasi ini dikongsikan daripada blog Addin sempena PRU13 yang baru berlalu semalam (5 Mei 2013)

Fakta Menarik PRU 13
Posted by Addin Deen at 05/06/2013


Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1)Pakatan kehilangan Kedah.

Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. DAP - 38PKR - 30PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.


pkul 4.10 petang td, PM baru saje mengangkat sumpah depan Agong.
semoga apa yg dijanjikan akan dikota.
dan semoga Malaysia sentiasa dalam lindunganNya.
amin.

'Kite Semua Sayang Malaysia'

berkampung di BPM KPKK

actually, pekerjaan menjalankan audit tahun ni agak mendung sket.
pertamanya, ofcos pasal pilihanraya is just around the corner.
dek oleh kerana namanye Kementerian Penerangan, maka seluruh Kementerian dan Jabatan/Agensi adalah terlibat dgn bilik-bilik gerakan yg dh start bergerak drp hq hinggalah ke negeri dan daerah seluruh negara.

jd, releven ke nk g wat audit di kala pegawai-pegawai sedang rancak menggerakkan jentera penyebaran maklumat dan dasar kerajaan? kn? ceh. bunyik ayat dh mcm semangat berkempen plak. kui333.

walopun mcm tu, kami terpaksa la jgak kejekan yg mana rasa-rasa boleh jalan. yakni, kajian prestasi audit yg akan libatkan bhgn pengurusan maklumat @ it dept kpkk.


kajian kami tahun ini

15 Mei 2013, mesyuarat entrance telah dijalankan dan dihadiri oleh pegawai-pegawai it terlibat, dipengerusikan oleh SUB BPM. slps mendapat penerangan dan penjelasan serba ringkas mengenai kontrak dan tender terlibat dalam urusan penyewaan peralatan ict, pengauditan telah dimulakan secara rasminyer...

seperti biasa, audit kalo tk serabut dgn fail memang tk sah..


bilik perkampungan kami utk hmpir 3 minggu.
best. ade view dr tingkat 19 :)


struktur penulisan laporan telah dirangka
bersama dgn bos W52 dn inilah hasilnya.

jenuh tunggu fail dan dokumen, dapatlah kami homework utk start buat report (padahal part aku bahan byk lg yg tkde).
part paling tensen, bila nk tulih tkde input. sbb tkde input, coz pihak auditee masih belum kemukakan lg.

mengikut pemerhatian aku yg baru setahun jagung mengerjakan audit nih, bila dokumen lmbt dikemukakan tu ade tanda-tanda bahawasanya ia tidak difailkan, kalau difailkn mungkin sistem pemfailan kurang memuaskan menyebabkan maklumat nk cari tk jumpa... (sbb tu bila mintak asik tk dpt jek).

minggu ni kami udah pulang ke opis yg terchenta.. haha..
sementara menunggu dokumen-dokumen yg masih pending dan KIV (sbb ade yg nk kena mintak ngan vendor - kisahnyer).

hopefully auditee berjaya sediakan sume dokumen yg aku nk ituh. kite ade 3 bulan ye kenkawan. kalo idak mao berlubang report aku wehh.. sakit palo den nnti.

ariosss.

>> SINI <<

A.P.C 2012

.. alhamdulillah ..


gmbar menceritakan segalanya

tarikh ~ 18 April 2013
lokasi ~ Panggung Sari, Istana Budaya
acara ~ Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012, KPKK

tak siapa sangka, tak siapa menduga. tahun 2012, PPK dan PPP memberi kepercayaan smpai melayakkan aku yg baru setahun jagung dlm dunia audit ni masuk dalam senarai penerima APC KPKK tahun 2012. alhamdulilah. hnya kesyukuran yg dpt ku panjatkan kpd Ilahi kerana memberikan ku rezeki ini.

majlis gilang-gemilang tersebut telah sempurna dijalankan di Panggung Sari, Istana Budaya.. disempurnakan oleh KSU KPKK, YBhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf dan diserikan lagi dgn kehadiran Menteri KPKK, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.. berserta isteri, Datin Maznah.

3 perkara uniknya majlis kali ini (mengungkap kata-kata En Rahman, SUB PSM).
majlis terakhir KSU bersama KPKK kerana beliau akan bersara slps penyambungan kontraknya 2 bulan berakhir

majlis terakhir Menteri KPKK kerana next pilihanraya beliau telah tidak dicalonkan.. (as everybody knows.. kn,kn,kn?) dan

berkemungkinan merupakan majlis terakhir bagi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana slps ni ada kabar-kabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, KPKK bakal dipecah ceraikan.. (ke manakah kami slps ini?)

hee..








other pic HERE

congrats saliza!

kenapa hadirnya rindu

kadang-kadang kita rasa kita dah kuat,
kadang-kadang kita rasa kita dah dapat lupakan,
kadang-kadang kita rasa kita dah boleh teruskan kehidupan,
kadang-kadang kita rasa kita happy je sejak dia tkde,
tapi...
hakikatnya..
kenapa tiba-tiba datang rasa rindu kt dia nie :(



Ya Allah,
tolong jagakan dia untuk aku..

entrance!

today..
15 April 2013. monday. starting day of the week. starting day of the working day.

well, what do we got today?

meeting, of course...
venue?


Kompleks KPKK Putrajaya

we r having our entrance meeting today at 9.30 am, at the 19th floor..


ye,ye menconteng.. haha..

yes, our audit prestasi officially started. and will be going on for 3 months until report issued.
our auditee - Bahagian Pengurusan Maklumat, KPKK @ ICT Dept. haha... I loikeeee.. tataulah knp seronok benor.
rasa mcm audit keje sendre plak. maybe sbb terasa skejap dok dlm IT family kut. kesian kn.. huhuu..

so, entrance meeting is actually opening meeting for internal auditor officially to start auditing work at our auditee site. plus, there'll be visit to sites.

ok. there are 4 contracts to be audit.
alot.. I mean alot of meeting's files to be read.
physical checking to be done.
interviewed to be conduct.
and I wonder when is the headache going to start.. jeng, jeng, jeng...

and I share sumthing with Pn Rina, F44 (BTM) incharge.
she also agreed, that there's sumthing not right of our SPA system.
the system not functioning as it suppose to be.
especially to us.., the auditors.
hmm..quite frustrating. indeed.

fadhilat ayat 131 & 132 surah thoha

Al-Quran byk sekali menyimpan ayat-ayat yg boleh dijadikan doa dan petua dalam kehidupan. begitulah juga dgn jodoh.
petua ni dikongsikan oleh mak lang aku utk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain). amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.
- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat.

"131. Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.

Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “132. Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

amin.

quote of da day

AKRAB

eh, korang tau tk AKRAB nih apa?

menurut kamus dewan AKRAB bermaksud:

lebih dekat, karib: sahabat yg ~; mengakrabkan (مڠعقربكن) mempererat, mengaribkan ...

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 - Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam menyatakan bahawa
setiap kementerian dan jabatan dapat menubuhkan unit perkhidmatan kaunseling secara formal dan terancang. Pegawai kaunseling perlu dilantik di kalangan pegawai-pegawai yang sedia ada dan perlu diberi latihan kemahiran asas kaunseling sama ada dengan pihak swasta atau Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam.

bila dibaca berulang kali, AKRAB ni ala-ala PRS masa kt sekolah dulu la. PRS = Pembimbing Rakan Sebaya. dulu masa sekolah, permohonan nk jd PRS kena tolak. tk sangka dh keje ni tercalon plak. huhuuu..


kajian minat katenye. tatau ke yg kami duorg yg terpilih nk join AKRAB ni dicalon oleh bos. tkde tnya pun minat ke tk.. minat terpaksa. haha.. kelako.

apapun.. nama dh dihantar. tunggu jelah kena panggil kursus lps nie. aihh, macam-macam nk kena join. byk sumbangan tp tetap 5% gk kn? hmmm...

sejukkKk dan nyamannyerrr

ahahaa..

gara-gara aku mengangkut ayah aku g wat servis aircond hari sabtu lps (30hb), adik laki aku ternanti-nanti ayahnye di rumah. maonye tk dicari org tua tu. drp pg smpai ke ptg hilang ngan aku. kui333.

iskk apa lg la yg tk kena ngan keta kesayanganku ni kn. baru je lps major servis last week, udah berkunjung ke wokshop lg.

yerlahh.. kali ni kite mao servis kite punye penyaman udara la pulak.

apakah keje-keje yg terlibat bila kite wat servis aircond nie? aku pun tk penah wat servis aircond. this is 1st time. gler byk kejenye nk service aircond ni. proses membuka dashboard saje sudah makan masa sejam. disebabkn terlalu teruja nengok dashboard yg semakin togel, lupa la nk snap pic. mmg tk pecaya la smpai kena kluar the whole dashboard just to reach the aircond parts. suda tara serupa kereta loh.

selesai sessi turun dashboard, kemudiannye sesi membersih cooling coil. berus weyy smpai bersih tuh. next, operasi membersih motor blower.

ok after everything dh dicuci bersih, operasi memasang semula motor blower, cooling coil, dashboard dan akhir sekali air filter baru. aku difahamkan sesungguhnye myvi 1st model mmg tidak dilengkapi air filter. maka oleh kerana itulah habuk sgt senang masuk dlm aircond. lps ni kalo aircond problem lg tk perlulah smpai turun dashboard. just tukar air filter shj yer kenkawan :)


ni ler namanye cooling coil
pic courtesy drp blog Kerosakan Kereta

after everything siap pasang, next ialah proses vacum - kasi sedut semua habuk keluar. about half an hour jugak kut mesin hampagas tuh dok sedut habuk dlm enjin. sorry, bukan vacum ni bukan penyedut habuk carpet tuh yer. huhuuu..

lps dh clear habuk-habuk sume barulah bole masuk gas.


operasi masuk gas

jenuh menunggu jgn cakaplah kn.. nasib baik ade restoran mamak berdekatan yg bole kitorg g isi perut sementara tunggu keta siap. separuh hari adalah acara buka dan pasang dashboard dan membersih. dan separuh hari lagi acara vacum dan isi gas aircond.


haha.. there goes the bil

sudah, sudah. muka pun dh toye. mari kite pulang.

good info on aircond service HERE

iso @ masai

twice a year, audit luar Lyodd akan dtg mengaudit KPKK. check document ISO yg akan tentukan prestasi pensijilan ISO kementerian.

and slps setahun diiktiraf sbg auditor dalaman ISO (tahun ni tahun ke-2 aku), rutinnye sblm audit luar masuk kami akan bermesyuarat dan menjalani kursus bg berkongsi dan memperbaiki ilmu dn skil sbg juruaudit.


kursus kali selain berkongsi pengalaman, adalah juga merupakan bengkel utk membolehkan bahagian terlibat menyemak dokumen ISO masing-masing. so.. kali ni penyedia dokumen pun turut join sama. bengkel/kursus kali ni bertempat di masai,jb. tk pastiulah atas justifikasi apa lokasi dan hotel kami ni dipilih.



hotel silka, biliknye agak kecil (berbanding hotel yg penah aku duduk). cuma kalo sbg tmpt tdur mmg sudah cukup selesa.

bertolak dari angkasapuri pkul 9.30 pg.. dn smpai di hotel penginapan lebih kurang pkul 3.30 ptg. 6 jam perjalanan bagaikan nk ke kelantan. penat satu badan, pinggang pun rasa dh bengkok kut.. huhu.. itupun lps 4 kali buat u-turn akhirnye baru bas ktorg smpai ke hotel.


slps 2 malam berkampung, dh tk sabar rasanye nk balik. letih dok tgk dokumen kn? huhuu.. plan asal nk ke JPO kemudiannye tk jadi coz masing-masing fikiran dh smpai ke KL kut. aku pun tk excited sgt nk ke JPO sbb dh pernah smpai ke sana masa buat audit ICT di JPN Johor dulu.. kalo ke JPO even setakat sejam mungkin tk puas berjalan habis. biasalah kalo dh namanye bershopping, satu lokasi aje sudah ambil masa setengah jam. tk gtu?

akhirnye smpai balik ke KL pkul 7.30 mlm.
yeay!

me.. in ikea


haha.. jakun sey aku smpai ikea.
meriah dn sgt happening.

kesian kakak, tk penah pegi ikea.. ayah aku ckp cenggitu, bole?

hari ahd itu, 17hb. mak aku tetiba mengajak nk g ikea. aku ingatkn diorg dh g sbb kalo tk silap aku dlm 2 minggu lps mak aku ckp dia nak ajak ayah aku g ikea. nk beli almari berlaci utk isi baju dlm bilik anak terunanye. hmm.. tk pegi lg la tu gamaknye. maka aku pun meng'offer'kn diri utk bawa kedua org tua ku ke sana.

aku ni jln damansara sangatlah failed. walopun sejak 2-menjak ni dh ade org mengenalkan aku dgn kwsn PJ itupun kdg-kdg aku masih terkial-kial jgak nk kenal tmpt. tp alhamdulilah, walopun berpusing-pusing tetap smpai ke destinasi. pelan-pelan la kn.. huhu...

jadiknye, OU, The Curve, Tropicana dan IKEA ni aku tk penah pegi kecuali OU yg aku penah jejak semasa aku dgn ZZN dulu sbb dia suka sgt ke OU.


geram.. tgk pensel dh habis


berpusing-pusing cari jalan keluar


suasana di ruang menunggu. lotih mak jalan wehh..

at the end ktorg tk beli apa-apa coz almari yg dicari mungkin dh habis stok. dh tk nmpk dh kt ruang pameran. maklumlah, harganye murah. aku survey almari buku, almari berlaci utk simpan baju (mcm yg mak aku cari utk adik aku tuh).. cermin utk wat meja solek dn lampu comel..


ideanye nk buat mcm deco dua pic nih..

left: almari, cermin and lampu lekat kt dinding
right: almari, cermin and lampu atas almari

hmm.. ruang solek-menyolek..

I'll be back.. hehe

myvi @ wokshop

yes.. on the 2nd day of leave, misi diteruskan dgn membawa myvi tersayang ke wokshop utk servis.

tiba seawal pkul 3 ptg. dlm cuaca yg tersangatlah panasnye.
we should have come in the morning, ckp dlm hati..

sudahnye, drp pkul 3 ptg membawa hingga ke pkul 6 ptg..
berlepakan di wokshop.


minyak perodua botol putih ni 1st time aku guna. mahal siutt.

instead of servis biasa, myvi ku kena buat major serbis haritu... major servis? apa maknanya?
maknya.. servis lebih drp biasa.. haha..

ce kite tgk apa yg kite buat hari tu..


RM730 - price not include engine & filter oil

plug tu mahal sbb aku pilih plug mahal.. ekekeke..
ini plug sudah sumbat sana dalam..


iridium spark plug brand denso

haa.. pelik, apsal sume org terkejut bila aku ckp nk pkai plug tuh. ini api besar, bole pakai smpai 60,000 km - kate cina wokshop tuh. arr tau. sbb aku dh lama dok survey dn teringin nk pkai plug ituh..

dh siap.
mari, mari kita pulang...

cuti rehat 2 hari

26 Mac 2013..

last week aku coti 2 hari...
1st time amik coti di tahun 2013. bangga la jgak. smpai hrmis error la gara-gara aku baru nk apply coti kn? huhuu..

tujuannye yg sbenar hanyalah kerana perlu mengekor adik aku utk sign agreement pembelian kereta barunye (yg 2nd hand). bukan aku yg punye. aku jadik guarantor aje ye kenkawan. hmm. baik? yerlah. adik aku. org yg tkde kaitan ngan aku pun aku sanggup tolong, inikan plak adik aku sendre yer dak?

selesai di scene tandatangan dokumen, next adalah scene 'photo session' di opis terchenta..


UAD KPKK Tahun 2013


the only F in UAD KPKK. hik..hik..

gmbor kt open tepi jalan bangunan BSAS bilo shikin neh nk upload ek.. (baru teringat.. hehe..)

scene 2 selesai lebih kurang pkul 11 pg. next scene.. (eh, ada lg)

scene 3 - tukar nama buku akaun di tabung haji maju junction. dh lama tunggu saat-saat ini. memiliki akaun dgn tabung haji, atas nama aku sendre hehe... sblm ni masih atas nama mak aku. baguskn mak aku. esok-esok aku nk buat yg sama utk anak-anak aku plak... inshaAllah heh. anyway, lps ni nk buat potongan gaji. menyimpanlah kita di tabung haji, ASB dan PM. walaupun aku ni dh byk membazir utk sesuatu yg sia-sia sejak bertahun lamanya (bila dikenang sedih pulak), tp tk lewat lagikn utk memulakannya skrg? semoga urusanku dipermudahkanNya. amin.

selesai. petang tu selepas minum-minum bersama abang-abang ku.. aku ke urusan seterusnya. ye, hajat nk ke Bank Rakyat harus dipenuhi. alhamdulilah, DIA mempermudahkan urusan parking kereta dkt HQ Bank Rakyat yg amatlah payah nk parking tu.. bla, bla, bla dgn pegawai bank rakyat tu hampir setengah jam, then done. 3.99%. better than 5.2% last time masa aku apply loan tahun 2007. humanggg aihhh.. 5% bunganye. lps 5 tahun membayar pun, baki loan aku sama dgn amaun yg aku pinjam masa mula-mula dulu. dlm hati berkata jgak. eh, aku bayar ke tak loan ni. mcm tk byr jer.. padan muko den. baik hati sgt ngan org. hmm..

selesai urusan di bank rakyat, maknanya selesailah urusan hari ini.
sambung esok, di hari ke-2 coti...

red bmw @ walimatul urus sg jelok kajang

last year was the kakak, this year its the adik turn.. bestkn? :)

tarikh keramat 03 Mac 2013 menyaksikan persandingan anak pak lang ku yg kedua, anaknya yg bongsu aKa yg last.
kelasSSSss kaO.. berarak naik BMW merah, di tengah panas matahari yg memercik menyinari stp tetamu yg hadir hari itu..


pengantin berbaju hijau menaiki BMW berwarna merah.. I loikeeee


diapit si pengapit berbaju putih


Selamat Pengantin Baru
Mohd Fedly + Nurul Emyza

selamat sudah 2 beradik mendirikan rumahtangga.
alhamdulilah.. semoga masing-masing dapat membina keluarga dan memimpin sesama mereka menuju jalan ke syurga. amin :)

SINI pun ade gmbr.

seminggu di shah alam

tahun ni agak kritikal. y?
coz bulan 3 dan bulan 4 tahun ni bakal menyaksikan xtvt pengauditan kami terbantut dek kerana preparation dan pelaksanaan pilihanraya yg lama benar ditunggu. mcm korang juga, kami bila je Jabatan Penerangan pasti akan merisik-risik bila tarikh pilihanraya. sejak drp tahun lepas, smpai awal tahun ni.. hnya PM saje kut yg tau bila beliau nk bubar parlimen.. haha.. spt juga kami yg letih, pegawai-pegawai penerangan kt Jabatan Penerangan lebih juta-juta kali letih..

XTVT: Pengauditan Pengurusan Kewangan
Lokasi: JPEN Selangor
Tempoh: 20 - 28 Februari 2013




pasukan kami berdua jer kali ni yg menjalankan pengauditan dek kerana seorang ahli terpaksa menghadiri kursus induksi. maka dek kerana kejadian yg tak terjangka itu, jangka masa pengauditan kami berpanjanganlah drp biasa. letih jgak ulang-alik cheras-shah alam wey. mao sakit satu badan meredah traffic federal hiway tu hmpir dua hari.

tp alhamdulilah.. selesai sudah lokasi ke-2 selepas auditan kt JPEN Sabah 2 minggu lepas.. huahuahuaa..