Buat semua teman-teman yang mengenali diri ini...
Ramadhan membasuh hati yang berjelaga
Saatnya meraih rahmat dan ampunan-Nya
Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
~ Idulfitri ~
oh jln tar (bukan tar jalan ye!)
ngeh~ngeh~ngeh.. letih.kt luar panas.masuk opis nyaman gtu.haha.satg sejoKkk mcm dok dlm iglu.. kui333..
itulah manusia kn.. tk penahnye bersyukur. astaghfirullah ala'zim.. (smbil geleng kepala) ;)
hari ni aku pusing jln tar lg. actually bukan jln tar. just jln masjid india. dek kerana masa yg hnya sejam. dn cuaca jg agak panas hari ney.
tk habis~habis shopping raye lg gamaknye budak sal ney Kn? ye ke korg response gtu? hikhik..
idok la shopping raye pun. shopping raye aku sempoi dn simple jek. satu hari,lengkap sume shopping raye aku. bagus tk? haa.. set kt mana nk beli, wat kind of baju kurung u wanna buy, corak cemana, kaler apa.. then go for it. jgn buang masa pk lelama ye kenkawan.. hehe..
tetiap tahun baju raya aku produk PAS nun kt shah alam nuu. Plaza Alam Sentral ye. cuma tahun ni,tudung aku suka sgt cari kt jln tar + jln masjid india.
hari ini penjelajahan mencari tudung utk baju blouse neh. aduh letih la aku tatau nk match ngan tudung yg mcmana.. and kaler apa.. rasanye sume serba tk kena jek..
ce korang kasik idea sket..

haa.. kaler apa?
aku dh beli tudung hitam (sama jenis mcm tudung dlm entri aku yg ni). kain tu sgt best tp aku tatau dia kain apa..
sbb pe hitam? sbb aku pkai inner hitam, so match la kn? tul tk??
aku rasa nk pkai inner dark blue la.. lg cun dok?
pehtu cari tudung kaler dark blue.. haa.. ok tk? ok tk??
tuh nk kena p cari lg la.. pasai aku tkdak inner dark blue.
tudung dark blue pun tk dak.. kui3333..
jgn mareee..
~ aidilfitri ~
Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Dipetik daripada Wikipedia Bebas
lebih kurang seminggu lagi kite bakal merayakan aidilfitri. mcmana puasa korg? agak-agak berkat tk? :) dh buat checklist raya? checklist aku.. hmpir-hmpir je tkde.. ney baru je ade.. huhuu..
1. hunting for baju raya + tudung
2. kasut - pkai yg ade je
3. kuih raye - ade org dh tlg tempahkn (kuii333)
4. duit raye - tunggu duit gaji (kui3333)
apa lg yg raye....
ckp pasal baju raye.. akhirnye jejak jgak aku ke shah alam (spt tahun-tahun lalu). last saturday, lps cik adik habis keje. hujan punyelah lebat.. mak aih.. hmpir hilang kejelitaanku ditimpa hujan 'cats & dogs'.. hahaaa.. alhamdulilah, sempat smpai ke plaza alam sentral sblm hujan mencurah-curah..
wahh.. tu dia, byknye pilihan, ramainye org.. kami smpai lebih kurang pkul 3.. pkul 5-6 kemudiannye betambah ramai umat, bertambah sesak kereta. gerenti tk dpt cari parking. alhamdulilah masa kami smpai skejap je dh jumpe parking. kenalah cari parking yg strategik kn.. yg hangpa p kalut-kalut rebut kt tmpt yg mmg sah-sah ramai org sapa suro.. knnn? uh!
hasilnye..
1- sepasang baju raya (main)
2- dua pasang baju sampingan (hehe..)
3- sehelai tudung (match dgn baju) - hari jumaat dh borong 4 helai tudung.. yg paling cun adalah tudung yg ku pkai semasa nk ke shah alam neY..

adik aku beli sepasang baju kurung dn sepasang kasut heel.. wah333 cun gtu. merah lg u. matching ngan baju la. lps tu aku bleY pinjam.. kuangg3333..
koman-koman habis RM500 jgak. kami beli sepasang lg baju kurung for our mum. nasib baik dia suka. kalo tk.. hmmm... :X
okaylah. itulah sikit aura raye aku tahun neY.
makin lama rasanye makin dh tkde aura. kelmarin aku dgr lagu raya nyanyian Anuar & Elina.. tetiba air mata jatuh berderai.. duh. apsal tetiba aku rindu kt arwah tok ngan nenek.. tahun ke-2 raye tanpa arwah nenek. tahun ke-3 kut raye tanpa arwah tok. lagu yg mana? alaa.. apa tajuknye.. alaa.. yg neY..
hah tgk.. air mata dh bergenang.
chiao dululah... !!
"tulang rusuk yang hilang"
"awk tu tulang rusuk sy tau"
apa perasaan korang jika seseorang mengatakn demikian kt korang?
aku smbg di hati... "aku tulang rusukmu yg sgt bengkok.. huhu.."
Wanita,
tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat juga di hati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi"
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?Credit to: alongmadah
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah..
lantas ku panjatkn doa pengharapan terhadap dirimu
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.
Amin.
credit to: intanurulfateha
keterujaan melampau
tajuk tkley tahan tuh.. 'keterujaan melampau'? keterujaan terhadap apa yg melampau sgt tuh?

nuthin actually.. just keterujaan terhadap novel. hikhikk.. aku neh kn hantu novel. pantang saje nmpk novel baru tulisan penulis yg aku minat keluar. rasa tk sabar sabarnye nk g beli.. (walopun tengah berjimat).
ya.. akibat keterujaan utk mendapatkn baki dua lg novel malee chuswan, aku telah menyampaikn kemusykilan hatiku ttg ulangan cetakan bg dua lg tajuk tuh. tirai impian. permata hati. bila nk cetak semula ney. gelora dh selamat ulang cetak. kalo dpt 3-3 skali kn best.. huhuu..
tk sangka.. actually ramai peminat-peminat malee chuswan ni yg tercari-cari novel-novel lama beliau. aku difahamkn gk, 3 novel tu tk diterbitkn lg sbb ade part ehem ehem.. iye ke? rasanye kebanyakkan penulis yg aku minat ade aje part part gtu.. khabarnye gelora yg ulang cetak pun ade sikit sikit suda ubah la... aiyaa... bole ke gtu? tk ori laa ek. tp aku nk beli jgaks..
sabarlah menunggu 2 lg tajuk neY.
duhh..
a tribute to 'novels'
aduyaaiii.. lotih jgak nk menunggu ptg dgn tk buat apa-ape kn..hmm..
tengah looking looking dlm facebook td, terpandang aku status wall CESB - Penulis novel kesayangan kita Liana Afiera Malik telah meninggalkan kita semalam. Walaupun beliau telah meninggalkan kita, karyanya akan tetap kekal di hati peminat. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang2 beriman. Amin. Al-Fatihah.....
novel Bukan Puteri Lindungan Bulan yg aku baru beli masa last Pesta Buku masih lg berbalut plastik.. chantekk :) syg nk buka, syg nk bace.. bole gtu? hikhikk..
sblm ni pun ade karya arwah yg aku dh bace Dan Mimpi Pun Berguguran. dok surf surf td ade kemungkinan tk aku wat koleksi plak novel arwah neY.. hehe.. Assyida, Dia di Hatiku ngan Janji Assila. hmm (sambil garu kepala yg tk gatal).
bercerita pasal novel ney mmg tk habis. tah cemana aku tertangkap satu web yg memaparkn novel baru aisya sofea. uihh.. novel baru aisya sofea suda keluar.. tk mungkin aku tk beli ney. ishhh.. serba sikit sinopsis kt novel ney mcm best..

Sinopsis:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”
mesti dapatkan di pasaran.
tp still tkley lawan 'Adam dan Hawa' - da bessstttt!
~ salam ramadhan ~

dh 3 hari umat Islam berpuasa. tidak lewat utk aku sampaikan ucapan selamat menjalani ibadah puase buat semua teman-teman yg mengenali diriku, pengunjung blog ku yg tk seberapa.. dn buat semua umat Islam di Malaysia dn seluruh dunia. semoga ibadah puasa kalian tahun ini lebih berkat drp tahun-tahun sebelumnya.. insyaAllah..





