marilah mari... pergi mengundi..

eh korang. harini 05 mei 2013. dh g mengundi ke?
rasa mcm bertahun lamanye menunggu saat-saat ni.. pemilihan pucuk pimpinan baru. slps 5 tahun kerajaan memeganng tampuk pemerintahan negara.
perang poster dh tk larat nk tgk. bukan setakat perang poster lg, perang banner, perang banting, perang bendera apatah lg kn.. ditambah dgn hujan lebat setiap hari, ade yg rebah menyembah bumi, tk kurang juga yg rebah atas kenderaan yg lalu lalang. sabar jerlah.

marilah mari..
pergi mengundi..
tunaikanlah kewajipan pada negara..

lagu nih jgak evergreen. tk bole lawan ngan lagu baru dak.

jd, 05 Mei 2013. hari mengundi untuk seluruh rakyat malaysia.
hujan lebat petang tu sbb kami keluar slps zohor.
tp dari pg lagi dh mcm mcm cter kluar. iyerlah. kn skrg informasi bergerak pantas dgn adenye fb twitter wassup dn watever lg la..

yg best.. cter pasal dakwat kekal yg 'kekallah sgt'.. hehe
yg menarik.. mat-mat bangla pegang ic nk g mengundi tp bila kena tnya soklan sapa isteri PM.. 'saya tatau. datang sini pangkah undi saja.' hhuu..

bermula jam 8 pg rakyat malaysia bersemangat kluar mengundi hinggalah menjelang pkul 5 ptg bila pusat-pusat undi mula ditutup.


Parlimen Lembah Pantai
Raja Long Chik vs Nurul Izzah


hujan lebat mengiringi pemangkahan undi

ade pulak yg komen kemudiannya, 'tak sabar nk tunggu malam'
apa lagi.. dh pangkah undi mesti nk tau sapa yg tersingkir, sapa yg tersungkur, sapa yg terduduk, sapa yg kekal dan sapa yg masih berdiri.. yer tk?
lumrah la tuh..

jenuh la dok depan tv nk menunggu keputusan satu-satu kawasan.
drp pkul 8 mlm membawa ke pkul 12 tgh mlm.. apsal la lmbt sgt keputusan penuh ni.
byk keputusan tk rasmi drp yg rasmi.

org spr berpeluh-peluh mengira undi, kite dok depan tv tau nk merungut jek kn..
tk patut, tk patut.. hehe..

akhirnya, mak lotihh tk larat dh nk nunggu. udah la sok koje kn. lainlah kalo dpt coti mcm org selangor :(
udah.. mari kite titon.

walau apapun, sini aku kongsi keputusan drp pilihanraya ke-13 semalam.

Artikel informasi ini dikongsikan daripada blog Addin sempena PRU13 yang baru berlalu semalam (5 Mei 2013)

Fakta Menarik PRU 13
Posted by Addin Deen at 05/06/2013


Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1)Pakatan kehilangan Kedah.

Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. DAP - 38PKR - 30PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.


pkul 4.10 petang td, PM baru saje mengangkat sumpah depan Agong.
semoga apa yg dijanjikan akan dikota.
dan semoga Malaysia sentiasa dalam lindunganNya.
amin.

'Kite Semua Sayang Malaysia'

0 komen: