sejak 10 menjak ni, agak kemalasan tul nk mengarang n taip ayat pnjg-pnjg kt blog ney. dok tepek gmbr aje mcm tk besh lak kn..
okaylah. ni kisah destinasi auditing kedua kami tahun ni. destinasi pertama kelmarin adalah ASWARA. tahun ni udah rancangan audit kami tahun ni jadualnya udah rancang chantek gtu. biasalah. pasti merata jgak. so.. we'r heading to Limbang, Sarawak. eh, korang tau tk berapa jauh nk smpai Limbang nun. turun naik flight tuh. mcm turun naik bas pun ade.. korang ada? haha.. ayat riak! yg bestnye ni 1st xperience naik MAS Wing. terayun-ayun gtu oi. kapal terbang kecil kn.
Destinasi: KLIA - Miri - Limbang.
Tarikh Perjalanan: 26hb Feb - 2 Mac.
Aktiviti: Pengauditan Pengurusan Kewangan di Pejabat Penerangan Bahagian Limbang, Sarawak :)
Watever it is, sgt seronok bila dpt menjejakkn kaki kt tmpt-tmpt yg kalau nk g sendre entahkan ade, entahkn smpai.. kn?
Bandar Limbang seawal jam 6 pagi. Cerah suda. Kabus lagi. Kat sini awal sejam ye.
Keadaan meja kerja setiap kali buat auditing.
1st day tu kami dibawa tgk Brunei wey. Sekangkang kera je ngan Limbang. Caya tk? Staff Pejabat Penerangan Limbang mmg salu keluar masuk Brunei sbb diorg ni juga bertanggungjawab kpd Daerah Lawas.. yg mana diorg kena rentas Brunei utk smpai ke Lawas. Tk caya ce korang tgk peta Sarawak. aku pun baru perasan. hehe..
Susun 2 biji feri dah bole smpai ke seberang
Kami jgak dibawa g makan es batu aka ABC tp diorgnye es dlm ABC tu sangat la mengujakan.
Es ABC yg sgt smooth bersama cucuq udang yg sgt lazat - hidangan di petang hari
Lawatan jugak dibuat ke 3 pusat komuniti tp gmbr kt bawah ni hnya kt satu lokasi je. itupun sbb teruja tgk ada pusat perkhidmatan Internet disediakan kat situ. Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg Batu Danau - Projek SKMM. Ada dijalankan kelas komputer.
Internet Lounge
Bergambar bersama pekerja pusat di situ
Akhirnye 'lawatan sambil belajar' ke lokasi Lumpur Bebuak Kg Meritam. Lumpur Bebuak aka Mud Spring :). Lokasinye agak tersorok tp kami difahamkan ramai pengunjung dtg ke sini. Mud spring byk yg dh kering dn spt tk terjaga.
lawatan kami berakhir pd 2 Mac dan masa untuk balik ke KL.. dan siapkan report!
p/s: Untuk gmbr lebih jelas dan lain-lain gambar boleh tgk dlm album fb kt SINI
































