xtvt kU di kala sambutan tahun naga

gud mownink my dearest readers.. huhuuu.. (mcm ramai sgt readers knn)..

2day, 1st day after long of holidays. meriah tul coti kali ni. bukan setakat meriah masyarakat tionghua merayakan tahun naga tahun ni, satu mesia laa kirenye meriah bercoti balik kg. tmbh2 lg sekolah coti seminggu.. bole bayangkn tk mcmana meriahnye hiway kt mesia ni, utara-selatan. meriah!

selamat menyambut tahun naga buat semua teman-teman beragama tiong-hua!

aku pun pakat meriah gk, meriah mengisi my sweet room dgn kesetianku menghabiskan masa selama 24jam 4 hari,4 malam. huahuahuahuaaa.. dlm kemeriahan tuh, keje aku apa lg blog walking, surfing, internet. makan tido internet hukhukhuk. apa nk buat knn..

koleksi parcel aku sejak 'hari itu'

[Kiri] FB SimplyStyle Collections | Blog SimplyStyle Collections
[Kanan] Blog Cik Puteri (Letgo Item)


FB Ronasutra Chantek


FB Qaira Hijab


FB Pretty Please


hehe.. bole la korang usha kut-kut terpikat plak.

asyik ngantor parcel ke umah aku smpai posmen tu kenai ayah aku. siap ckp 'pakcik tk pyh la sign'. dia bg je. huhuu...




kenali wanita aQuarius

there's a guy once said to me, after years of our friendship, he NEVER really knows or understand me. he claimed that I alwayz, close the path for him to get to 'my world'.

artikel dalam Laman Petua Sukma ini menarik perhatianku. yelah, selalu kite bace Rahsia Tarikh Lahir dan Bulan Kelahiran - Dr Fadhilah Kamsah je kn?

sila bace as if u r a guy, or as my friend.. reading about me :)

WANITA AQUARIUS

Jika anda menyintai wanita jenis ini, anda harus bersiap-siap menjadi bahagia selamanya atau sangat bersedih. Dia adalah wanita supersibuk dengan masalah-masalahnya, sama dengan lelaki dengan zodiak yang sama. Dia mampu hidup sendiri tanpa adanya lelaki dalam kehidupannya, orang yang benar-benar kuat. Bukan kerana dia tidak dapat menemukan lelaki idamannya, tetapi jika dia memang tidak dapat menemukan lelaki sedemikian, apa boleh buat.

Apalagi kerana memang dia berfikir bahwa dia mampu melakukan apa sahaja yang mampu dilakukan lelaki. Dia adalah seorang pemimpin, jenis orang yang penuh percaya diri. Dia suka melakukan segalanya sendiri, membuka pintu sendiri, melayani diri sendiri. Kerana dia berfikir menunggu bantuan orang lain hanyalah membuang masa, dan dia tidak cukup sabar menunggu orang lain melakukan hal itu.

Jika terlebih dulu mengajak anda dating, jangan fikir bahwa dia mula menggoda. Dia melakukannya kerana difikirnya menunggu anda mengajaknya dating akan sangat membosankan dan membuang-buang masa. Dia sangat menyukai lelaki cool yang seakan buat tak tahu terhadap dirinya, maka dia akan memiliki kesempatan untuk menunjukkan kepercayaan dirinya.

Dia suka meneka reaksi seseorang lelaki, tetapi pada saat yang bersamaan dia juga jika ramai jejaka mengurat dirinya. Dia adalah orang yang berani yang mampu melakukan banyak hal secara berbeza dari orang lain dalam lingkungan yang sama. Dia berani berjuang untuk mendapatkan apa yang dia fikir menjadi miliknya.

Walaupun dia percaya diri, dia seringkali merasa kesepian dan sunyi. Jika putus cinta atau bercerai , dia tidak akan memperlihatkan emosi, walaupun sebenarnya dia merasa sakit hati dan menderita. Tidak lama kemudian, dia akan kembali menjadi orang yang cerah ceria, karena dia selalu melihat dunia secara positif dan memiliki “Kepercayaan” pada kata “Cinta.”

Dia memiliki lebih ramai teman lelaki daripada wanita, maka jika anda berpacaran dengan dia, jangan menjadi pencemburu. Dia mungkin sedikit pencemburu, tapi dia sangat membenci lelaki pencemburu. Dia menyintai “kebebasan” baik sebelum dan sesudah menikah, kebebasan dia harus sama dan tidak boleh diikat.

Dia ingin anda mempercayainya, bahkan mungkin jika dia tidak mempercayai anda. Dia suka menjadi pihak yang “benar”, maka jika anda bertengkar dengannya, biarkan dia menang, jika memang hal yang dipertengkarkan bukan masalah besar.

Dia ialah orang yang terbuka, maka jika dia tidak lagi menyintai anda, dia akan mengatakannya langsung kepada anda.

Cinta dan hubungan yang dia bangun selalu nyata, maka jika dia mengatakan “Kita berpisah” maka sudah saatnya anda berpisah, dia bukannya menguji anda. Dia bukan wanita yang mudah terluka, maka anda tidak perlu khuatir mengenai dirinya, dia mampu untuk bangkit sendiri. Jika dia bersama anda ketika anda sakit, maka dia akan merawat anda, bahkan merawat anda berarti “pinjaman kecil” baginya.

Jangan pernah menyimpan rahsia dari dirinya, hal ini sangat dibencinya dan dapat membuatnya sangat marah. Ketika dia sedih, fahamilah dia. Ketika dia bahagia, bahagialah bersamanya, dia menyukainya. Anda tidak akan pernah bosan bersama wanita jenis ini. Mereka yang dekat dengannya akan tahu bahwa disebalik semua percaya diri dan sifatnya yang berdarah dingin, ia sama rentannya seperti semua wanita.

Dia adalah orang yang menyenangkan dan banyak bicara, dan dia suka menggoda anda. Jangan biarkan dia berbicara sendiri, karena bila hal itu terjadi, dia akan meninggalkan anda. Dia memiliki beberapa pekerjan, kerana dia percaya bahawa apa yang bisa dialakukan lelaki, bisa juga dilakukannya. Jika anda ingin mempekerjakannya, jangan harap.

Ketika dia sedang jatuh cinta, dia akan meninggalkan pekerjaannya di siang hari hanya untuk menemui anda, tetapi dia akan segera kembali ke pekerjaannya dan kembali serius bekerja. Jika anda mampu untuk hidup dan menyintai seorang “workaholic”, maka anda sesuai dengannya. Jika dia marah, carilah tempat berteduh dari “badai”.

Tapi kemarahannya hanya akan sebentar saja. Dia bukan pembalas dendam, dan tidak akan memikirkan mengenai saat “pembalasan”. Ramai orang berfikir bahwa dia benar-benar “Wanita hebat”, walaupun sebenarnya dia benar-benar 100% wanita. Ia mudah terluka, maka sebaiknya anda bersikap baik padanya.

Jika dia benar-benar menyintai anda, maka anda beruntung, kerana dia adalah orang yang jujur, tulus, dan tidak akan pernah membuat anda bosan. Anda harus mengerti bahwa terkadang ia akan menjadi terlalu percaya diri, dan terkadang cenderung bersikap bossy.


hehe.. even though its not 100% right but most of it look like 'hey, its me!" hehe..
suka part yg ni:
~ Dia adalah wanita supersibuk dengan masalah-masalahnya. Bukan kerana dia tidak dapat menemukan lelaki idamannya, tetapi jika dia memang tidak dapat menemukan lelaki sedemikian, apa boleh buat.
~ Dia suka melakukan segalanya sendiri, membuka pintu sendiri, melayani diri sendiri.
~ Walaupun dia percaya diri, dia seringkali merasa kesepian dan sunyi.
~ Mereka yang dekat dengannya akan tahu bahwa disebalik semua percaya diri dan sifatnya yang berdarah dingin, ia sama rentannya seperti semua wanita.

And I believe this one last statement:
"Jika dia benar-benar menyintai anda, maka anda beruntung, kerana dia adalah orang yang jujur, tulus, dan tidak akan pernah membuat anda bosan."

I never really found LOVE yet.



~ koleksi najwa aiman ~

hai.. selamat berhujung minggu :)

biasa hujung minggu tentu korang tk sia-siakan masa utk habiskan dgn keluarga kn? ye. gunakan hujung minggu dgn sewajarnye ye kenkawan.. as for me, hujung minggu aku habiskn kt umah.. almaklumlah, suasana baru kn sejak 'tahun baru' yg sgt baru neY..

saje nk kongsi ngan korg kisah 3 novel najwa aiman yg baru saje aku habis bace. 'Untuk Kau dan Aku', 'Antara Kau dan Aku', 'Kasih Kita'.. bagus sgt la kn layan novel jiwang di saat tengah feeling-feeling ney.. heh..


byk lg koleksi najwa aiman tp koleksi ni je yg jd favaurite aku (setakat ni). skrg ni kalo tk silap dia dh tukar nama penanye kpd 'aimy najwa'..

so.. let's share what's the story-mory all about kay?

Review Dari Hati I

ini novel pertama tulisan beliau yg aku beli. start drp novel ni aku terpikat dgn tulisan si penglipur Najwa Aiman ni. 1st of all, memula dulu aku tk sangka yg dia ni lelaki. haha.. okeh.

AKU TAK PERNAH BERCINTA...
TETAPI KENAPA AKU MERINDUINYA?


Kisah Azhar dan Miza dua org sahabat yg sgt akrab sejak di universiti. kawan-kawan lain kata mereka seolah spt pasangan kekasih ttp hakikatnya mereka tidak sedar pun bila masa mereka pernah bercinta.

Ia bermula dgn kisah Azhar yg bertemu semula dgn gadis pujaan zaman sekolahnya, Azura semasa di universiti. Azhar dan Azura suka antara satu sama lain tp tk sorg pun antara mereka pernah meluahkan hinggalah habis zaman persekolahan. Tp skrg Azura sudah ada balak baru, Zarif yg sbenarnya kaki perempuan. Walopun Azura mcm kecewa sbb bertemu semula cinta lama, tp dia tersepit dgn balak dia. oleh sbb tk nk kaco awek org, Azhar kecewa lg sampailah diorg habis pengajian. Azhar kemudian buat chambering (coz diorg ni aik course law) dn berkenalan dgn Faziha. mulanye diorg ni tk sekepala. asyik gaduh je tp end up sharing buka law firm dkt sg petani.

spanjang masa ni azhar and miza tk pernah lost contact. bgitu gk ngan azura, tk penah lost contact ngan miza. oleh sbb azura ngan zarif dh putus, miza dok push azhar spy tackle azura balik.

guess how the ending turn out to be.. azhar dgn azura? azhar dgn faziha? atau azhar dgn miza? heheh.. tp cerita ni sgt menyentuh hati aku. sbb sikit byk dia ala-ala ade sikit sama ngan kisah aku.. cumanye the ending tk se'happy' ending novel ni :)


NextttTtTt..

Review Dari Hati II

this is da 2nd novel I bought. dh lama terperok dlm kotak baru la ney sudi nk bace hehe..

MASIHKAH ADA KASIH DAN RINDU BIARPUN CUMA SEDETIK

Kali ni kisah Rizmal dan cinta kecundanganya dgn Idayu. Diorg bercinta masa study kt UK. Oleh sbb sorg kt Leeds dan sorang kt Sheffield, kununnya cinta jarak jauh menyebabkan si Idayu berpaling arah kpd jejaka bernama Zali.

Hingga akhirnya balik Msia dn Rizmal berkenalan dgn Ilyana yg byk mengingatkan Rizmal kpd Idayu. Dek hasutan syaitan mereka terjebak dgn perbuatan terlarang tambahan plak suami Ilyana 'mati pucuk' dn dia terlebih dahagakn sentuhan lelaki. Yg bestnya, Ilyana adalah kakak kpd Idayu.

Setelah kewarasan kembali, Rizmal telah hilang membawa diri meninggalkn Ilyana dan tidak mengetahui yg benih hasil cinta mereka sdg tumbuh subur dlm rahim Ilyana.Bila Rizmal kembali.. dia tidak berpeluang memperisterikan Ilyana mahupun Idayu.. walopun suami Ilyana bersetuju melepaskannya, walopun Idayu masih sayangkannya..

:)


NextttTtTt..

Review Dari Hati III

this is da latest novel I bought masa pesta buku 2010..

ADA KASIH ANTARA KITA, NAMUN YANG KUCARI IALAH CINTA

Anis Suziana - dari UK balik ke Malaysia kerana hdk mencari ibu kandungnya. Dalam pencariannya itulah dia berkenalan dgn si lawyer Azhar. Lalu mereka menjadi serasi dn jatuh cinta. Watak Azhar dlm novel ni actually adalah watak Azhar dalam novel 'Untuk Kau dan Aku'. Ada disebut watak Miza dn juga Azura (memula tak perasan ngan watak Azhar tuh). Last sekali after Anis Suziana berjaya membongkar kisah hidupnya, dia nekad kembali semula ke UK. Azhar walopun kecewa, tetap menghormati keputusan Anis Suziana. Masa di airport, Anis Suziana kecewa sbb Azhar tk menghantarnya tp dia tatau yg Azhar sudahpun terbang ke UK sehari sebelum tu untuk menghabiskn masa bersamanya. Dan mungkin tk akan melepaskan Anis Suziana berlalu dari hatinya spt mana dia telah kehilangan Miza dulu... :)



aku suka bace puisi beliau kt >>> PENGLIPUR : Coretan Suka Hati Najwa Aiman

Lain-lain Koleksi kt Dunia Novel Ku

p/s: bila la nk beli rak utk simpan novel-novel berlambak neh





how I miss them

04 jan 2012...

harini aku masih coti.. haha.. saje amik coti lebih sehari slps balik drp tanah rata semalam.. kesempatan yg ku cari utk berjumpa teman-teman nun jauh di putrajaya (jauh la sgt kannnnn).

I dunno how much I miss them.. but I really miss them. xpecially after what happen in these few days. permulaan tahun baru yg suram, sesuatu yg aku tk jangka terpaksa aku hadapi.. ketentuanNya yg tiada siapa pun dapat menolak..

souvenir sempena majlis perpisahan yg diadakan lebih 6 bulan yg lalu.. (baru berkesempatan nak g amik.. haha..)



thank you guys. u r all my great family. there's not gonna be any same family as I have wif u guys.

how I miss them



2012 @ tanah rata

01 - 03 Jan 2012..

menghabiskan tahun baru dan cuti di tanah rata

suasana sgt sejuk pada hari kami sampai


bekpes @ jatimas cafe


macam-macam ada @ jatimas cafe


lunch @ emida restoran


:)


let the pics do the talks



patah seribu... hatiku

Orang yang paling kita sayang itulah yang buatkan kita sentiasa sedih mengenangkannya
- Dunia Sebelah Zara







2.0.1.2



Semoga semua teman-temanku dikurniai kebahagiaan dalam meniti 2012 ini.

InsyaAllah, segala yang dihajati dan diharapkan akan dimakbulkan Ilahi.

Amin.

SELAMAT TAHUN BARU


karnival kpkk @ hari keluarga 2011

31 disember 2011..

pada hari ini telah berlangsungnya Karnival KPKK. seawal 7.30 pg dh start dgn senamrobik kt dataran merdeka. aku? sorry la. pkul 8.30 pg aku baru smpai.. elok2 timingnye rais yatim pun baru smpai dn dapatlah mendengar kata aluannye dn seterusnye perasmian karnival hari tu..

pengisian aturcara?
senamrobik, acara sukaneka utk warga kpkk, sukaneka kanak-kanak and sukaneka utk VIP. ada cabutan bertuah, which we r not bertuah pun sbb dari mula lg tk dpt kupon cabutan bertuahpun. bole gtu? uh.

hadiah.. bukan calang2 hadiah tu. dari sebesar-besar peti sejuk, tv LCD 32inc, basikal, periuk eletrik, cerek elektrik, toto.. hamper.. satu pun elek laa kami peroleh (uh lg)..

gambar sekitar karnival

perasmian - rasmi jgn tak rasmi


pengisian aturcara


gerai-gerai jualan sepanjang jalan depan bangunan BSAS


UAD yg hadir


ya... dh mcm dtang hari sukan sekolah je haha. ade rumah biru, merah, jingga, hijau, kelabu.. diasingkn ikut sektor. sektor pengurusan, sektor komunikasi, sektor kebudayaan, sektor penerangan and bernama.

sukaneka habis smpai lewat lewat tp kitorg tk tunggu la. tk larat suda. dgn bahang matari yg panasnye la amat. after grab lunch kt Galeri, chio la.

balik umah smbg tdo.. haha..



wayang ~songlap~

Yey!
wayang lagi.. long time since I last tgk wayang :)

so.. 17 dis - saturday, aku habiskan masa ptg ke viva home kerana nk menonton movie Songlap. sapa lagi pelakonnye, tk lain tk bukan si shaheizy sam ler. hiks. idak la minat giler baban tp menurut review mereka yg telah menonton, watak sam kali ni lain drp watak yg dia pernah bwk. kalo tgk sam insyaAllah tk rugi kut knnn.. lagipun ni movie ke-2 pengarah 'Sekali Lagi', Effendee & Fariza Azlina :)


okay, actually kisahnye ialah kisah penjualan bayi @ pemerdagangan org. mmg isunye agak berat tp okaylah. jalan citer tk menyerabutkn pkran :). Am (SAM) ngan adiknye Ad (shafie naswip) kejenye jd org tengah dlm penjualan baby. so, dlm citer tu watak hawa (sara ali) ialah watak seorang anak yg diperkosa dek bapaknye yg akhirnye dia pregnant. hawa lari dari rumah tp dia dijumpai dek kumpulan jual baby yg kononnye nk bg dia tmpt perlindungan. padahal sbenarnye diorg nk baby dn jual ppuan kt sindiket. si Ad tk smpai hati biarkn hawa ngan baby dia kena jual sbb kbetulan hawa ni adik kawan baik dia,razak yg meninggal sbb dadah.

so.. start kt situ le kemuncak citernye bila Ad bwk lari hawa ngan baby dia, Am kena kejar dgn sindiket baby tuh sbb dikatakan berpaling tadah. last2 sedih gk sbb Am tknk ikut Ad balik ikut hawa cari kakak dia. hehe..


anyway, ni sinopsis penuh:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

scene dalam songlap


peneraju utama, shaheizy sam, sara ali, syafie naswip


aku suka dialog2 diorg. mcm selambe and very natural

"Kalau menari boleh dapat 50 ribu, dah lama Dr Romzey belajar la..."

"Man, takkan aku nak kencing orang hensem macam kau Man.."

amacam? korg dh layan?
;)