jale.jale kota bharu

hai, hai, hai..
hehe.. teka-teki entry lepas, akan terjawab dlm entry yg ni :P
aktiviti: penampilan audit ICT
tarikh: 22 - 25 April 2012
lokasi: jab. pen. malaysia negeri kelantan

menginap di grand riverview hotel - dkt tepi sungai


I loikeeeee!


penampilan audit ICT tahun ni kami ambil sampel pejabat agensi di negeri-negeri. tahun lps penampilan audit kite buat kt kl jek. heh. jab. pen. malaysia negeri kelantan merupakan pej. ke-2 yg kami jalankan penampilan audit ICT slps ASWARA.

skop penampilan audit ICT ni actually tidaklah seluas skop pengauditan pengurusan kewangan. dn tentunye tidak seluas skop pengauditan ICT.. heh. jd apa je skop kami?

1. kawalan pengurusan - carta org, MPK + FM, ISP, DKICT, JPICT, CIO + ICTSO, latihan
2. kawalan kemudahan ICT - perisian, pusat data, pkp, rangkaian, keselamatan,internet+emel, laman web+blog+facebook+twitter,
3. kawalan pengurusan projek ICT - penilaian projek, open source, pelaksanaan myID, DDSA
4. kawalan aset dan inventori - KEW.PA-2, KEW.PA-3, KEW.PA-4, KEW.PA-5, KEW.PA-6, KEW.PA-7, KEW.PA-9, KEW.PA-13, KEW.PA-14
5. kawalan pengurusan teknologi - helpdesk, penyelenggaraan

heh.

as usual - our meja kerja yg penuh dgn fail dn kertas


mlm tu, kami keluar makan dn cuci mata di wakaf che yeh. wakaf che yeh ni ala-ala uptown kt KL nuh. spt yg dijangka, byk pilihan kain pasang dn tudung kt sini. tp agak mengecewakan jgak sbb harganye tidaklah semurah mana..

2nd day, kami buat lawatan ke pej. penerangan daerah. ada 10 daerah di bawah jab. pen. kelantan. kami just pick yg dkt coz masa pun tk berapa mengizinkan - pej. pen. daerah kota bharu dn bachok. ptg tu lps balik drp bachok, sblm balik hotel, kami minta driver drop kami kt pasar siti khadijah walopun jam sudah menunjukkan pkul 6 ptg. walopun byk kedai dh tutup tp sempatlah jamu mata kt 2,3 kedai. 2,3 kedai ni pun udah rambang matanya. sumenye chantek. aku akhirnye menunaikan hasrat utk membeli kain pasang batik - ori batik weh - ombak rindu u namanye.. haha..

sempat bergambar kenangan di pantai irama bachok - lama tk pegi pantai


mlm tu kawan ku yg keluar dgn kenkawan lamanye membelikan aku nasi berlaukkan ayam perchik. sedapppnyerrr.. sehingga menjilat jari weh. nyummm nyummm...

hari selasa, KUAD smpai drp KL. ptg tu dia terus ajak kami ke pasar siti khadijah. kali ni kami smpai seawal 4.45 ptg. sempatlah merembat sehelai tudung bawal 3 tone dgn manik atas kepala... nntilah aku pkai ek. kui.kui.kui.

slps exit keesokkan harinye, kami singgah skali lg ke pasar siti khadijah - ade kiriman-kiriman tudung drp KL, dn tk lupa nk bwk balik kepok lekor kelantan plaks... hehe..

flight pkul 4.10 ptg. kt airport KB pun aku sempat rempat sehelai lg blouse batik. tu pun masa dh nk boarding! haha. dh 'ter'pkai pun blouse tuh smlm. kebetulan smlm hari khamis kn.. sorrrryyy, no pic loh. lengkali la ye.

dh habis. tata!

ni haa gmbr -> jale.jale kota bharu


ke mana pula lps ni... :P

yeay!
dah dpt tiket flight. xcitednye!
haha

nice kn the ticket cover :)

ce teka where we going this time?

tganu dan rindu seorang teman...

yeay! baru berkesempatan melarikan jari-jari runcing di keyboard ni utk meluah pengalaman spanjang diri berada di bumi terengganu awal bulan kelmarin. as always, apa lg.. outstation la gamaknye..

ade kawan kite tu melahirkn bau-bau kejelesan bila aku byk post pasal cter-cter outstation ni.. hehe.. janganlah jeles wahai sahabat. sudah rutinnye kerja audit melibatkn lawatan ke semua pejabat agensi di bawah Kementerian, termasuklah 6 jabatan berkanun Balai Seni Visual, ASWARA, PNM, Istana Budaya, FINAS dan BERNAMA. oleh kerana team aku dipertanggungjawabkn utk men'cover' jabatan penerangan, maka korang kiralah ade berapa byk jabatan penerangan kt malaysia ni. opcoz la seluruh malaysia kn?? tuh tk masuk jabatan kebudayaan dan kesenian negara plak.. merata..

begitulah adenyerrrrr... :)
Destinasi: Kuala Terengganu
Tarikh Lawatan: 31 Mac - 05 April 2012
Aktiviti: Pengauditan Pengurusan Kewangan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu
this is the 2nd location for xtvt pengurusan kewangan tahun 2012 selepas limbang. JPM Terengganu terletak di wisma persekutuan dalam bandar KayTee. we stayed in tanjung vista hotel. quite a new hotel. there's a tutty fruity restaurant in front of the hotel. wah. an ice cream restaurant :) dan bila bercakap pasal eskem aku pasti terkenangkan seseorang.. ermmMMm..

so as always, bila outstation pastinye ade slot jalan-jalan. org pelawa, kite ok je la kn? apa yg menarik kt kaytee ni ye? let the pic tell the story :)

bas bandar ini sgt menarik perhatian kami - nasib baik sempat snap pic

berpeluang menjejak kaki ke masjid kristal - located around taman tamadun islam dan muzium negeri kuala terengganu

muzium negeri - tak masuk dalam pun

Keropok Lekor B.T.B 2209 - buah tangan bawak balik KL - manusia amatlah ramai. kena amik nombor dan beratur. kecuali kami, CC telah tlg order the day b4. so, dtg amik dn bayor je :)

aiskrim goreng @ Pantai Batu Buruk - nyummMmmm nyuMMmm.
org kate ais krim goreng ni sgt femesssss kt tganu


berada di bumi kuala terengganu ni mengingatkan aku pd seorang teman yg telah pergi menemui ilahi. aku pernah berjanji padanya andai ade rezki aku menjejak kaki ke bumi kelahirannye ni, psti aku akn dtg bertemu dengannye. tp apakan daya, Allah SWT tidak memberi aku kesempatan itu. dirimu telah pergi dulu. kdgkala aku rindukn dia. semoga dia tenang di sana. amin.

wait for the next destination okay??!
tata :)

nk tgk gmbr lain? SINI

.. perkara yang korang kena tahu ..

aku suka phrase ni yg aku petik drp FB..


Ya, 'Lelaki kena tahu...' walo berapa byk pun org laki sakitkn hati sorg ppuan, lukakn hati dn perasaannye, kecewakan harapannye, buat dia menangis tp bila tiba-tiba satu hari tu si lelaki td patah balik padanye, dia tetap akan buka hatinye utk terima korg... sbb dia sayang korg kerana diri korang.
"SESUNGGUHNYE
MENYINTAI SESEORANG ITU BUKANLAH KERANA KESEMPURNAANNYA
TETAPI KERANA MENERIMA KETIDAKSEMPURNAANNYA..."
semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. amin.

credit to PenyuXP

Mesyuarat JKA ala Mesyuarat JPICT

sedar tk sedar, kite dh pun berada di hujung bulan Mac. sepatutnye minggu terakhir Mac ni aku dn team berada di Terengganu. ttp dek kerana ketentuan Mesyuarat JKA jatuh pd 29 Mac 2012, yakni hari Khamis minggu kami outstation itu maka atas arahan mem terpaksalah diubah jadual tersebut. buhsan tul.

JKA ni ala-ala Mesyuarat JPICT jgak la. cuma kt UAD ni kami tkde urusetia yg 'setia' utk uruskn sume hal berkaitan preparation dn perlaksanaan mesyuarat tu. tiap-tiap kali miting org lain yg kena sibuk siapkn slide, paper and everything. sebijik mcm preparation JPICT. tp agak lebih kalut apabila org lain yg sediakan slide dn org lain plak yg jd tukang 'klik' ceh...

Perkara: Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) KPKK
Tarikh: 29 Mac 2012
Masa: 2.30 PM


agenda
-> status rancangan audit 2012
-> cabutan maklum balas daripada minit lepas
-> pembentangan kajian (termasuklah kajian team aku)
-> hal-hal lain.

mood KSU agak baik arituh. but as always.. RTM is sangat RTM when it comes to audit. heh..

what time does it ends? just like JPICT, but a little better the meeting end at about 5.30 pm. guess wat, lps meeting tu KSU is having another meeting - in the same meeting room. uh?

further more about JKA HERE

other pics UAD KPKK



Himpunan Warga Penerangan Bersama Perdana Menteri

Tarikh: 26 Mac 2012
Masa: 2.30PM
Tempat: PICC Putrajaya
Acara: Himpunan Warga Penerangan Bersama Perdana Menteri
Hari itu adalah hari yg agak sibuk di opis. mana tk sibuk, miting JKA is around da corner :) Tp kami dikejutkan dgn arahan KSU yg mengarahkan semua untuk hadir di PICC Putrajaya bagi menjayakan perhimpunan bersama PM. semua pejabat diarah tutup. 2 biji bas disediakan drp Kompleks BSAS yg bertolak pkul 1 tghari. Apahal pulak tiba-tiba ni.. Tkde arahan bertulis pun. Kebanyakkan kami tk naik bas. Bos bg green light lps habis tu boleh balik terus.. wah bagussSSs.. kononnye ingatkan skejap je kn..

dari kiri: Timbalan Menteri KPKK, PM, Menteri KPKK, KSU


Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim - ucapan alu-aluan


Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim - bentang info berkaitan pilihanraya (uikk)


PM sedang menyampaikan amanatnya


satu pengalaman yg aku tk pernah rasa sepanjang kerja dgn kerajaan. maybe it happen just in KPKK kut.. heh.. or maybe coz this year is a very important year for 'BN'.. opss..

more pics HERE