aku sukeee ~ NB520 dan N8

25 Julai 2011, 2.01 pm..

tensen, cari celcom dlm senarai payee dlm maybank2u tkde! mcmana plak nk byr bil neY. celcom kena blacklist ngan maybank ke apa?! duhhhh.. time nk byr, tkmao kasi byr plak. uh!

berlalunye 2 kali weekend yg 'tenang' sblm datangnye weekend sblm ramadhan, hutang harus dijelaskan sesegera mungkin. tk ley tetangguh ney. byk lg yg bakal menunggu...

hari aku penuh last weekend and the last-last weekend. langsung tk lekat kt umah. sabtu lps teman si dia bawa jfa g bengkel. mounting depan dh pecah kao2 punye pecah. sikit lg enjin boley jatuh woo.. gearbox boley pecah woo.. ngeri weh. nasib baik naluri hati dia kuat mengatakan haritu kami mesti bwk jfa g jumpe doc. kesian jfa..

hmpir separuh hari juga kt bengkel. siap mkn tghari kt SADDAM. siap je terus kami ke alamanda (sepatutnye nk ke lowyat). biasalah dia, lps keluar bengkel mesti kasi test kn? nk dijadikn cerita, ade bunyi menyakitkn telinga kedengaran sewaktu kami membelok-belok mencari parking keta. tentunye dia tk sedap hati, lebih kurang sejam je kt situ terus blah g balik bengkel td. alhamdulilah, cuma kena ekjas balik spring sbb tk masuk bebetul dlm mangkuk dia. layanan bengkel: memuaskan :)

then only kami ke lowyat (balik ke plan asal). ramainye umat manusia jgn ckp la.. rimas pun ade. serabut mata. apa ye yg kitorg cari sbenarnye.. neY haa.. utk si dia.. kui333.. (kesian kena kutuk salu ngan member).


baekkk punye. tk canggih sgt, sesuailah utk dia spy dia tk sakit hati ngan hp sendre. hari-hari aku gk yg kena marah nnti.. haha.. sabar jekla. alhamdulilah, dh semakin serasi slps menggunakannye 2 hari. kalo dia dh beli, aku pun kena beli jugak laa.. tk gitu?! neh aku punye.



tadaa.. TOSHIBA NB520.. hehe..
nak tau specs, as usual sila tnya pakcik goggle.
model ney sound dia sangatt best. speaker harmon/kardon tuh. nmpk speaker dia kiri kanan dlm gmbr tuh? spec pun boley tahan tinggi berbanding netbook lain dgn rege yg lebey kurang sama.


ada org dh janji nk bg 5rat bulan ney dn janji installment bulan-bulan dia nk byr.. dun worry. senyum smpai telinga. haha. kesian dia, gaji ke-2 pun blum release lg dh macam-macam yg aku nk. hikhik..

aku tumpang gembira dn bersyukur dgn perubahan dirinye. terima kasih tuhan, Kau makbulkn permintaannya. semoga Kau tunjukkn aku jalan dn beri aku kekuatan agar dpt aku penuhi harapannya terhadap aku... Amin.



Ujian Itu Rahsia Allah SWT

Assalamualaikum,

Pepatah mengatakan "Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul". Ya. Ada benarnye kata-kata itu. Hakikat dugaan dn ujian yg dihadapi hnya yg empunye diri yg tahu betapa beratnye ia.

Tk pernah pun antara kita mendoakan yg buruk-buruk pd teman-teman. Apatah lg teman-teman yg begitu akrab dgn kita. Bgitu juga kita tkkn meminta yg buruk-buruk terjadi dlm kehidupan kte. Tp kuasa tuhan tiada siapa yg dpt mengelak. Jika DIA berkehendakkan demikian,maka jadilah ia. Lewat ptg smlm aku sedih mendengarkn perkhabaran yg disampaikn oleh seorang sahabat, yg agak rapat juga denganku. sahabat yg ku kire happy-go-lucky dn jarang skali punye rasa buruk sangka,sakit hati mahupun mengada-ngada dlm pergaulannye sehari-hari. Murah hati, semua org menyenanginya. Aku lihat dia sbg seorang yg alhamdulilah, cukup sempurna kehidupannye. Dikurnia teman hidup, dianugerahi cahaya mata penyeri dn pelengkap kehidupan berkeluarga di samping rezki yg dilimpahi olehNya.

Namun, musibah, ujian dan permasalahan kehidupan ini hadir tanpa kita jemput. Ia dtg dlm pelbagai rupa. Tidak kira masa, tempat dan situasi. Tidak kira samada kite sdg susah, senang, mewah atau melarat. Tidak mampu kita menolak ketentuanNya.


Kata Ustaz Mohd Raziqin dalam satu usroh, punca utama kepada seseorang itu gagal menerima ujian dari ALLAH ialah kerana dia tidak memandang masalah itu sebagai ‘hadiah’ dan ‘pengiktirafan’ dari ALLAH SWT kepadanya untuk ‘dinaikkan pangkat’ di sisi ALLAH SWT sebaliknya memandang masalah tersebut sebagai ‘bala`’ atau ‘malapetaka’. Ternyata persepsi tersebut adalah salah.

Pandanglah sesuatu itu datang dari ALLAH SWT,termasuklah masalah yang dihadapi dan berusaha sedapat mungkin menyelesaikan masalah tersebut kemudian bertawakal dengan keyakinan bahawa orang yang bertawakal akan sentiasa dibantu oleh ALLAH SWT.

Tanda seseorang itu beriman dan dikasihi ALLAH SWT ialah dia sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan dia sentiasa mengadu kepada ALLAH SWT akan masalah yang dihadapinya yang menyebabkan dia merasakan tiada pertolongan kecuali daripada ALLAH SWT semata-mata.


Kadang-kadang kita lupa dgn nikmat Allah SWT sehingga kita lalai memanjat syukur kepadaNya. Jadi Allah SWT mengingatkn kita. Spt mana ibu kita dulu sering ingatkan kita bila kita lupa nk basuh kasut sekolah. atau mengingatkn kite utk siapkan keje sekolah sbb kita terlalu asyik masyuk melayan tv. Bila kite degil sgt, satlg ayah dh pegang rotan gamaknye kn? Ataupun merasalah telinga kena piat. Mungkin musibah waktu tu tklah seberat musibah bila kite meningkat dewasa..

Bukankah, Allah SWT telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Semakin besar ujian seseorang maka semakin tinggi darjatnya disisi ALLAH SWT..

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia,
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Bersabarlah sahabatku. Kuatkan semangatmu. Bajai kesabaranmu. Mungkin aku tidak berada dalam kasutmu, namun tabahlah. Hanya DIA sebaik-baik tempat utk mengadu dn memohon pertolongan. Berusaha perbaiki diri. Usah tonjolkan kelemahan kita pd syaitan. Syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah selemah-lemahnya.

Kadang-kadang ujianNya pd sahabat, juga nak tunjukkan sesuatu pd sahabat yg lain. Di samping mengingatkan kau, secara tak langsung aku juga mengingatkan diri aku..

Ujian itu rahsia Allah SWT


wALLAHu a`lam..

Artikel ini aku rujuk:
Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.
Betapa Sayangnya Allah Pada HambaNya
Ujian dan Dugaan Tanda Kasih Sayang Allah



'Gelora' Ulang Cetak

20 Julai 2011..

jenjalan kt midvalley hari jumaat kelmarin, aku rasa aku nmpk novel Gelora tulisan Ma Lee Chuswan masa menyinggah di MPH. terus histeria. haha. haa!dh diulang cetak seyyy. great. terbitan Kaki Novel.

novel yg aku carik suda di tangan tp masih berkira-kira nk beli. pasal pa?dok pk ade diskaun tk eh? biasa ade 10%. tul tk?pehtu teringat 2 lg novel ma lee chuswan yg aku dok jenuh carik, ada tk gknye?search db dlm sistem katalog dia, tajuk ade tp tk available. aluuu sedeynye. kalo ade 3-3 confirm aku beli haritu..


ada sesiapa yg nk letgo tk 3-3 novel ni?
Permata Hati.
Tirai Impian.
Gelora.


yg ni koleksi setakat neY..


Selamat Tinggal Sayang - beli kt giant batu caves. this is da 1st novel by malee chuswan yg menyebabkn aku terus sangkut nk wat koleksi.suggest by adik yg jaga booth novel tu. aku penah cter dlm en3 INI
Lamaran Kedua - beli masa pesta buku

kalu dpt 3 lg novel dia tuh,complete la koleksi novel ma lee chuswan aku.

aku juga sedang mencari almari nk simpan sume novel neY..
hmm...



Kenapa Hati Tidak Tenang

Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.


Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya, dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.

Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.

Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.

Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.

Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.

Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.

Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.

Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.

Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.

Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.

Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.

Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.

Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.

Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.

Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.

Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.

Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.



Isteri Sujud Kepada Suami!

ingin aku kongsikan artikel ini yg kuterima dalam e-mel
drp seorang lelaki yg sgt rapat dgnku..


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”


Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

Huraian

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..”

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas. Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.

Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita.

‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.



rutin hari sabtu

16 Julai = sabtu..

hari rutin appointment dgn Dr Roshidah.. suda 3 minggu getah pengikat bwh dh dipasang. saKit seyyy.. smpai hari appointment pun masih terasa sakit cuma tidaklah sesakit masa memula pasang dulu.

hari neY bakal pasang getah pengikat yg atas plak. yg bwh dh dilepaskn, lega.. haha.. mcm biasa. nama je appointment pkul 2.30 ptg, tp doktenye hnye dpt jumpe lebih kurang sejam kemudian. sudah plak aritu aku terlewat 15 min. tp org tk ramai, alhamdulilah tidaklah serabut kepala aku tgk org ramai. check kulit pun ramai, check gigi pun ramai. aihh..

macam-macam kaler bole pilih

kali neY dokte yg suggest kaler pink. pink la sgt kn. pink light je. lebih kurang kalernye mcm kt bwh ney.

gambar ehsan pakcik goggle

sebulan kena marah kalo amik kaler stricking. aku pun tk selesa gamaknye.

skrg gigi aku ghupenye mcm ni - yg atas sedang diikat utk kasi rapat gigi(abaikn kaler sbb aku pilih kaler pink mcm gmbr kt atas td). gambar ehsan pakcik goggle

selesai, kali ni tk lupa pil pain killer harussslah dibawa pulang bersama. setelah 2 hari pasang, ye, sakit bila mengunyah. gigi depan ney jgn harap nk menggigit. sakit oi!

next appointmet. 13 ogos. boley ke check gigi masa bulan pose?
tk batal pose ke ek? hmmm..

ciao!



~ midvalley, mines dn cheras selatan ~

16 Julai 2011.. 11.25pg..

aku tatau apa yg menyebabkn aku beriya-iya benar belajor menyolek diri ala2 tk solek neH. mcm-mcm yg aku bace smpai adik aku pun tNya mana aku tau sume tuh. asal aku tnya dia je pakat tatau maka mungkin sbb tu dia agak kepelikan kut.. huhu..

aku rasa dlm 2 bulan neY beratus gk duit suda aku labur kt bahan2 kecantikan diri (la kononnya). neY aku tiba2 mencari concealer yg dpt men'cover' pimples yg smakin bersemarak di segenap ruang muka ku iNey. oh apahal plak tiba2 smakin subur gamaknye bermaharajalela. xpecially lps aku balik drp sarawak kelmarin. tensen seyyy! itulah yg terus boley kenal 'Dr Ranjit' kt subang nuu.. heh.

concealer utk tutup jerawat ney dipanggil green concealer, ghupenye concealer ney pun ade mcm-mcm jenis. aku terbaca blog bintangzither pasal anti-blemish gel body shop. dia ney ade tea tree oil. dn sememangnye aku sedia maklum, tea tree oil ni mmg berkesan utk masalah jerawat. nk sambar green concealer make up forever, rasanye for ever aku tk mampu kut.. haha..

shopping mall paling dkt, dn aku sgt suka krn salu parking free.. hehe.. midvalley ofcoz. lama tk mai sini. ramainye umat wehh, diorg neY sume pakat coti gk ke. taulah time lunch hour tp rasa mcm weekend la plak punye ramainye manusia dn byknye kereta.

lps mengisi perut di rasamas, next stop -> Body Shop. kalo tk kerana item yg dicari amat2 aku perlukn, tkde pekdahnye aku jejak body shop neY. hmm.. ade sale gamaknye ye. memula test perfume. ni satu lg masalah, aku asik masyuk sungguh ngan perfume 2,3 menjak neY. aku tatau la apahalnye. tiba2 aku dh ade 3 jenis perfume dlm koleksi. ish. engkau apahal ney saliza weh. dh.. dh.. aku carik concealer for pimples okaYyy.. focus..focus..

tapiiiiii.. focus laaa sgt kannnn....



sgt wangi okehhh,aku sgt sukeee

hahahahahahaaa...


10% discount for each yea!
sudah! mari balik! itu baru body shop, lari budget aku weyy!

adik aku nk carik boot plak. tkde kt sini. so.. dgn rajinnye aku drive ke mines.. situ byk kedai kasut.. tul tk? hehe..

skejap aje udah dpt parking. alhamdulilah. umat kt mines tk seramai kt midvalley td. pusing2, naik turun.. akhirnye sepasang boot yg dicari telah ditemui. pencarian berhasil. sblm pulang, ade hati nk g tgk wayang. siap singgah kt tingkat atas tu... tp dukacita dimaklumkn, sume full. cadang nk tgk transformers.

coti mestilah dipenuhi dgn sebaiknye kn? bukan senang nk coti. tgk jam.. hmpir pkul 7. awal lg nk balik. bole gtu? ahahaha.. aku n adik aku sama2 setuju. jomm cheras selatan, test our luck. movie!

rajin gler wey aku haritu.. drive. tp ok sbb cheras selatan itu otw kami balik umah pun.. as usual, parking senang. naik terus ke tingkat 1 utk check movies. duhh penuh jgak. tp we decided utk tgk cter neY..


this is a very touching movie actually.. yes plus kelakar. tentulah, kn ade Jim Carry. part dia tmbh menarik bila Mr Popper dpt bungkusan drp arwah bapak dia... a penguin! cute sgt. bila dia jln terkedek-kedek gtu.. huhuu.. then.. dtg satu lg bungkusan.. tmbh lg 5 ekor.. altogether 6 penguins. kelakar sgt. not bad la boleh dilayankn. ade nilai-nilai kasih syg kt situ.. nk tau cter penuh, tengoklah sendre ye!

chio!



~ pengunjung klinik dn wayang yg setia ~

16 Julai 2011... 10.05 pg..

spt yg korang sedia maklum (atau tk maklum pun ade aku kesah..huhu..), permohonan coti aku pd kha dan jum, 14 & 15hb telah diluluskan. ye coti rehat. ntah apa mimpi aku terasa sgt gatal tangan bukak 'Permohonan Cuti' dlm hrmis. sistem plak laju je.. mcm menyokong je kn... best2. yg jd lg best adik aku sama ponteng keje 3 hari. best tkyah g subang.hehe..


ceritenye.... kha tuh aku ada appointment klinik kt subang... pkul 11.50 pg. dtg daftar,tunggu (as always) hinggalah jam menunjukkan pkul 12.15 tghari. bilo la nk masuk neY. kematu punggung suda. yg diorg ni, sume dh cun cun pesal laa cbuk2 nk jumpe doc lg. nk chantek mcmana lg gamaknye.. ckp dlm hati psl lotih menunggu. byk lg plan lps neY neH. sabar. smpai turn, masuk. berkenalan la dgn Dr Ranjit.. hehe.. cool jek doc neY. aku cTer dia tk surprise.. ibaratnye dia dh tau je. tk tnya ubat apa aku dh mkn sblm2 neY. samada dia dh tau jln cTernye atau dia malas dh nk dgr masalah yg sama yg ntah brapa kali patient sblm ni dh cTer.. hikhik.. tk smpai 10 min. dpt ubat. kali ni aku dpt ubat lain plak. lets give it a try ok. usaha jgak la kn tuh.. bkn aku tk amik kesah.. kn.. mencurah duit kuar.. iskKkk.. next appointment 13 Ogos.. 9.30am.

yEssSs.. next, mao layan wayang gambar la. bergegas aku pulang. fetch my sis and pkul 3 terus gerak dari rumah.

target -> Viva Mall (dkt Miharja)
watpe -> tgk wayang
cter -> Harry Potter ofcoz.


dari pg adik aku dok check gsc dn tgv, sume full sey. hampir punah harapan. dh smpai, lari mcm kartun, tgk2 org tk ramai. wah serronokkknye! byknye seat boley pilih. aman doniaaa.. ha333..



pkul 4.30pm.. mari layanzzzkn..




habis kerje.. masa utk pulang..

12 Julai 2011.. 2.28 pm..

perasan tk entry ni adalah entry ke-3 pada hari yg sama ye..

slps 5 malam di bumi kuching, masa utk pulang ke tanah tempat bermain.. :)
exit telah diadakan pd Jumaat (as usual) pkul 10 pg. setelah membentangkn semua penemuan-penemuan audit di smping mengungkai masalah-masalah yg dihadapi oleh jabatan penerangan, exit berakhir pkul 11 pg. kemudiannye ade makan tengahari. jgn lupa kami kt sini awal sejam. tp waktu kejenye sama mcm semenanjung.. hmm.. ce pk..

balik hotel, kemas-kemas, check-out. driver menunggu utk membawa kami pusing-pusing sblm ke airport. flight kami pkul 17:50.
1st venue: beli sourvenir
next.. g pasar - kenkawan udah kem ikan terubuk doh.. di tengahari yg terik ke pasar membeli ikan terubuk.. duhhh tk boley ingat.
next.. tkde tujuan sudah - g tgk pasu. dari sekecik-kecik pasu.. smpai sebesar-besarnye. chantekkk. hargenye bole tahan. kalo aku ade rumah sendre mao ku sambar yg besar-besar itu.
dh pkul 16:00.. dh tkde tmpt menarik nk pegi. ade.. pantai santubong. tp jauh sudah. ade yg terlepas flight nnti. so.. ktorg terus g airport yg dh tk brape jauh pun dari situ.

pusing-pusing kt airport kuching yg tk seberapanye itu..




cakKkkK

sempat lepak mkn mcD sblm masuk boarding.
smoga pnjg umur.. kite jumpe lg yah..



kek lapis Oo kek lapis

12 Julai 2011.. 2.12pm..

tang bila kata nk ke sarawak je tentu tk lain yg org nk kem tentulah kek lapis sarawaknya.. tkkn nk kem pasu sarawak plak kn.. duhduhduhhh..

hari kedua, kami telah berkenalan dgn salah sorg staff kt jab tmpt kami audit itu.. hj hamsah. 1st daY tk kenal nama, dh promote kami kek lapis sarawak dh. 2nd daY dia MC.. migrain.. huhu.. migrain pasal audit dtg mintak dokumen itu ini.. sabo jeklah. terus dpt nama hj migrain.. kui333.. 3rd daY, dia mai, spt dijanjikan membawakn kami kek lapis utk dirasa. ala-ala test drive gtu la..

mcm-mcm nama.. mcm-mcm jenis. maap le aku pun dh tk ingat nama masing-masing.. huhuu..


esoknye.. dia terus dpt order.. ngan bos-bos kami yg kebetulannye baru smpai hari Khamis tu.. order jgak skali.. rezki.. alhamdulilah. hari rabu tu, kami dh pun g kilang wat kek lapis sarawak yg terkenal itu 'Dayang Salhah'. korang tau? aku pun tatau sblm ni. sessi merasa kek berjalan hampir setengah jam. byk jenis, byk rasa, byk nama.. sisik ikan, masam manis, lapis india, koko, ntah apa lg tk ingatlah. sorry lupa nk amik gmbr pasal xcited mengunyah kek. kalo korang nk tgk, g cari facebuk Dayang Salhah Kek Lapis. ktorg tk beli pun. lawatan merasa kek shj.. haha..

tp katenye staff-staff kt opis tu, Dayang Salhah tu sejak dh komersil dh tk berapa 'kick' keknye.

on da last daY, kami singgah kt satu lg kedai kek lapis. mira kek house. ni pun suggested by opis staff kt jpm nu. byk jenis, byk rasa. yg penting sedap dn lebih murah :)

satu je aku perasan.. kek lapis ni agak manis.. maka org tua-tua jarang sgt nk mkn byk-byk..



Grand Margherita @ Holiday Inn

12 Julai 2011.. 10.58 pg..

tenggelam timbul tenggelam timbul entri dlm blog neY. kdg-kdg rasa mcm-mcm nk tulis. tp bila jari jemari sudah di keyboard, tkde satu pun ayat dlm kepala. kosong. monitor dok renung. nuthing. malas nk pk. cancel.

harini.. lets share cte hario-hari yg berlalu di kuching last week.. shall we?

ahad.. pkul 15:00.. from KLIA. reach Kuching Airport about 17:00. take cab to Grand Margherita. cost us RM26. journey for about 40 mins. jauh. kate pakcik teksi tuh. tkde la jauhhhhhhhhhhh ;)



walopun hotelnye tk semewah kt Labuan dulu, but aku rasa dgn pricenye besar dn mewah lg hotel Grand Dorsett kt Labuan dulu. maka kami selalu habiskan masa sebaik-baiknye menyepah-semakkan bilik yg amat tinggi ratenye itu.. huuhuu..


Sungai Sarawak di belakang Hotel Grand Margherita

view daripada bilik hotel

Dewan Undangan Negeri Sarawak

ney gmbr Dewan Undangan Negeri Sarawak. sgt chantekkk okehh. xpecially waktu mlm. sorryy! camera I tk canggih. kalo amik gmbr mlm, betul-betul nmpk mmg malam.. huhuu..


neY BETUL-BETUL nasi goreng ikan masin