Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

kabinet kerajaan malaysia 2013

apa macam kenkawan?
dh g mengundi, dh tau sapa yg menang, lastly this is our government.
officially announced by our PM at 5.00 pm 15 May 2013..

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013


Perdana Menteri:
YAB Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri:
YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
(1) YB Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
(2) YB Dato Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) YB Senator Dato Sri Idris Jala (Senator)
(4) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS)
(5) YB Dato Seri Shahidan Bin Kassim (UMNO)
(6) YB Puan Hajah Nancy Binti Shukri (PBB)
(7) YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) YB Datuk Razali Bin Ibrahim (UMNO)
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: YAB Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)
(2) Menteri Kewangan Ii: YB Dato Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)

(3) Timbalan Menteri : YB Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
(2) Menteri Ii: YB Dato Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)

(3) Timbalan Menteri I: YB Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
(4) Timbalan Menteri Ii: YB Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Menteri Pengangkutan
(1) Menteri : YB Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : YB Dato Fadilllah Yusof (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Hamim Bin Samuri (UMNO)

Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Anifah Bin Haji Aman (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : YB Dato Hasan Bin Malek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (UMNO)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : YB Dato Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Jailani Bin Johari (UMNO)

Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : YB Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
(1) Menteri : YB Dato Seri Shafie Bin Haji Apdal (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
(1) Menteri : YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

Menteri Belia Dan Sukan:
(1) Menteri : YB Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Saravanan A/L Murugan (MIC)

Menteri Kesihatan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Subramaniam (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Seri Hilmi Bin Yahaya(UMNO)

Menteri Wilayah Persekutuan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
(1) Menteri : YB Dato Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Noriah Binti Kasnon (UMNO)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Sri Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
(1) Menteri : YB Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
(1) Menteri : YB Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
(1) Menteri : YB Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)

source from My Sumber

soklan seterusnya..
sume org tnya aku, mana kementerian penerangan?
kebudayaan udah join ngan pelancongan.
komunikasi udah join dgn multimedia.
penerangan?

kami main sembunyik2.. jgn maree...

p/s: seronok pulak main sorok2 kn.. haha..

fadhilat ayat 131 & 132 surah thoha

Al-Quran byk sekali menyimpan ayat-ayat yg boleh dijadikan doa dan petua dalam kehidupan. begitulah juga dgn jodoh.
petua ni dikongsikan oleh mak lang aku utk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain). amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.
- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat.

"131. Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.

Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “132. Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

amin.

quote of da day

Mencari Tulang Rusukku

Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.

Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.

Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah "3M". Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut:
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.

Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.

Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.

Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

original article: Mencari Tulang Rusukku

janji dan hutang

selamat hari gaji kpd sume kenkawan di sektor kerajaan.. heh..
gaji bulan puase. tentu dh berkira utk agih-agihkan hasil pendapatan tuh kn?
selamat yerr.. ;)

korang sedar tk.. salah satu perkara yg manusia mudah nk buat tp susah nk tunaikan? janji. berjanji, senang kn? tunaikannye.. tnya la diri sendre. dn korg sedar tk salah satu perkara yg selalu ada kaitan ngan janji. hutang.


hutang yg tkley nk lari...

kad kredit.. seeloknye jauhkn diri drp guna kad kredit ni. kalau perlu ade pun, kena pastikan spy guna di saat-saat terdesak saje. terdesak tuh bukan terdesak nk beli handbag tp gaji belum dpt lg yerr. sendre paham la.

personal loan.. ni satu bahana. kalo pinjam bukan tau sikit-sikit. ikut nafsu. bunganye pun ikut nafsu bank la jgak. kalo tkde keperluan mendesak sila la jauhkn diri anda drp penyakit ni.

rumah & kereta.. dua perkara ni adalah asas utk kite hidup dlm zaman skrg ni. utk memilikinye mmg tk mampulah kite yg hidup biasa-biasa saje ni nk beli cash kn? kalo boleh, biarlah kite hadkn hutang kite kpd dua perkara ni saje.

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

hutang sesama manusia.

banding dgn hutang berkontrak dgn badan pemberi pinjaman, hutang dgn org ni lg bahana. aku sebolehnye elak drp berhutang dgn sapa-sapa, baik parents, adik-beradik ataupun kenkawan. kalau ade, cepat-cepat je aku nk byr takut terlupa.. part bg hutang kt org tkde la aku berkire sgt cuma aku rasa susah nnti. susah sbb aku malu nk meminta-minta. kalo yg jenis ingat nk byr tuh alhamdulilah. ini yg jenis buat muka tk malu.. bila aku minta jenis bertangguh. yg lg sayu hati aku bila aku plak yg kena maki sbb minta balik duit aku. kononnye aku ni beranggapan buruk kt si polan yg pinjam tu mcm dia tu nk lari drp byr hutang aku. aik.. salah ker aku mintak. bukan ker aku yg bg pinjam? knp org yg bagi duit yg kena kejar, yg kena maki ngan org yg pinjam duit dia sedangkan masa dia minta tlg dulu bukan main mesra dn berbudi bahasanye dia dgn kite..

Sabda Rasulullah S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)..

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)

mampukah aku memaafkan org yg berhutang itu dan menghalalkannya saje. bukankah itu lebih baik drp menyimpan rasa dendam dn sakit hati stp kali terkenangkan janji-janji manis yg dh bertaburan.

kenkawan, kalo aku ada apa-apa hutang ngan korang bgtau la yer. mungkin aku terlupa nk byr..

semoga Allah swt mempermudahkan urusanku. amin.

Love and Relationships

There are many reasons why we choose not to love someone anymore. But many times we can’t find one reason why we love someone,except that our heart is urging us to move to a certain direction where one particular person is standing right there, and our mind decides to make the choice of walking towards him or her.

Before you go to the “hows”, you need to find out the “whys” on letting go. When you know the “why”, the “how” will seem apparent to you. It’s always been like this.

That’s why in life, no matter what we choose to do or not do, we need to find out our why. John DiLemme likes to say this “Find your why, and fly!”.

Whether or not you’ll fly away from him, or towards him is something you will ascertain when you can establish why you need to leave him or to stay.
And why are you two breaking up and patching back again for so many times? Because you can’t find someone else better, or you are too used to him like what you said? Could this be why you feel that you need to let go and yet you can’t?

You can. If you can leave the relationship and go back again, you can leave and not go back again. If you really want that.


Again, whether you think you can, or you can’t, either way you’re probably right.
But truth is, maybe your conscious mind is wanting to leave. How about your sub-conscious mind? What is it telling you? Have you truly listened to this inner voice?

If a fear of losing someone is greater than the need to leave him, then obviously you haven’t found the why to leave. Either that, or it’s not compelling enough. Which means, you’d probably be hanging around a little while longer.

Why not use this time to figure out what is the future you want? In all aspects of your life – career, finance, health, love, spiritual pursuits etc, since you know as well as i do that love and relationship forms part of your life and not entirely. Though I would agree that it could be the one that’s giving your life the most meaning and purpose.


original article: Love and Relationships @ Virtualfriends

xtvt kU di kala sambutan tahun naga

gud mownink my dearest readers.. huhuuu.. (mcm ramai sgt readers knn)..

2day, 1st day after long of holidays. meriah tul coti kali ni. bukan setakat meriah masyarakat tionghua merayakan tahun naga tahun ni, satu mesia laa kirenye meriah bercoti balik kg. tmbh2 lg sekolah coti seminggu.. bole bayangkn tk mcmana meriahnye hiway kt mesia ni, utara-selatan. meriah!

selamat menyambut tahun naga buat semua teman-teman beragama tiong-hua!

aku pun pakat meriah gk, meriah mengisi my sweet room dgn kesetianku menghabiskan masa selama 24jam 4 hari,4 malam. huahuahuahuaaa.. dlm kemeriahan tuh, keje aku apa lg blog walking, surfing, internet. makan tido internet hukhukhuk. apa nk buat knn..

koleksi parcel aku sejak 'hari itu'

[Kiri] FB SimplyStyle Collections | Blog SimplyStyle Collections
[Kanan] Blog Cik Puteri (Letgo Item)


FB Ronasutra Chantek


FB Qaira Hijab


FB Pretty Please


hehe.. bole la korang usha kut-kut terpikat plak.

asyik ngantor parcel ke umah aku smpai posmen tu kenai ayah aku. siap ckp 'pakcik tk pyh la sign'. dia bg je. huhuu...




kenali wanita aQuarius

there's a guy once said to me, after years of our friendship, he NEVER really knows or understand me. he claimed that I alwayz, close the path for him to get to 'my world'.

artikel dalam Laman Petua Sukma ini menarik perhatianku. yelah, selalu kite bace Rahsia Tarikh Lahir dan Bulan Kelahiran - Dr Fadhilah Kamsah je kn?

sila bace as if u r a guy, or as my friend.. reading about me :)

WANITA AQUARIUS

Jika anda menyintai wanita jenis ini, anda harus bersiap-siap menjadi bahagia selamanya atau sangat bersedih. Dia adalah wanita supersibuk dengan masalah-masalahnya, sama dengan lelaki dengan zodiak yang sama. Dia mampu hidup sendiri tanpa adanya lelaki dalam kehidupannya, orang yang benar-benar kuat. Bukan kerana dia tidak dapat menemukan lelaki idamannya, tetapi jika dia memang tidak dapat menemukan lelaki sedemikian, apa boleh buat.

Apalagi kerana memang dia berfikir bahwa dia mampu melakukan apa sahaja yang mampu dilakukan lelaki. Dia adalah seorang pemimpin, jenis orang yang penuh percaya diri. Dia suka melakukan segalanya sendiri, membuka pintu sendiri, melayani diri sendiri. Kerana dia berfikir menunggu bantuan orang lain hanyalah membuang masa, dan dia tidak cukup sabar menunggu orang lain melakukan hal itu.

Jika terlebih dulu mengajak anda dating, jangan fikir bahwa dia mula menggoda. Dia melakukannya kerana difikirnya menunggu anda mengajaknya dating akan sangat membosankan dan membuang-buang masa. Dia sangat menyukai lelaki cool yang seakan buat tak tahu terhadap dirinya, maka dia akan memiliki kesempatan untuk menunjukkan kepercayaan dirinya.

Dia suka meneka reaksi seseorang lelaki, tetapi pada saat yang bersamaan dia juga jika ramai jejaka mengurat dirinya. Dia adalah orang yang berani yang mampu melakukan banyak hal secara berbeza dari orang lain dalam lingkungan yang sama. Dia berani berjuang untuk mendapatkan apa yang dia fikir menjadi miliknya.

Walaupun dia percaya diri, dia seringkali merasa kesepian dan sunyi. Jika putus cinta atau bercerai , dia tidak akan memperlihatkan emosi, walaupun sebenarnya dia merasa sakit hati dan menderita. Tidak lama kemudian, dia akan kembali menjadi orang yang cerah ceria, karena dia selalu melihat dunia secara positif dan memiliki “Kepercayaan” pada kata “Cinta.”

Dia memiliki lebih ramai teman lelaki daripada wanita, maka jika anda berpacaran dengan dia, jangan menjadi pencemburu. Dia mungkin sedikit pencemburu, tapi dia sangat membenci lelaki pencemburu. Dia menyintai “kebebasan” baik sebelum dan sesudah menikah, kebebasan dia harus sama dan tidak boleh diikat.

Dia ingin anda mempercayainya, bahkan mungkin jika dia tidak mempercayai anda. Dia suka menjadi pihak yang “benar”, maka jika anda bertengkar dengannya, biarkan dia menang, jika memang hal yang dipertengkarkan bukan masalah besar.

Dia ialah orang yang terbuka, maka jika dia tidak lagi menyintai anda, dia akan mengatakannya langsung kepada anda.

Cinta dan hubungan yang dia bangun selalu nyata, maka jika dia mengatakan “Kita berpisah” maka sudah saatnya anda berpisah, dia bukannya menguji anda. Dia bukan wanita yang mudah terluka, maka anda tidak perlu khuatir mengenai dirinya, dia mampu untuk bangkit sendiri. Jika dia bersama anda ketika anda sakit, maka dia akan merawat anda, bahkan merawat anda berarti “pinjaman kecil” baginya.

Jangan pernah menyimpan rahsia dari dirinya, hal ini sangat dibencinya dan dapat membuatnya sangat marah. Ketika dia sedih, fahamilah dia. Ketika dia bahagia, bahagialah bersamanya, dia menyukainya. Anda tidak akan pernah bosan bersama wanita jenis ini. Mereka yang dekat dengannya akan tahu bahwa disebalik semua percaya diri dan sifatnya yang berdarah dingin, ia sama rentannya seperti semua wanita.

Dia adalah orang yang menyenangkan dan banyak bicara, dan dia suka menggoda anda. Jangan biarkan dia berbicara sendiri, karena bila hal itu terjadi, dia akan meninggalkan anda. Dia memiliki beberapa pekerjan, kerana dia percaya bahawa apa yang bisa dialakukan lelaki, bisa juga dilakukannya. Jika anda ingin mempekerjakannya, jangan harap.

Ketika dia sedang jatuh cinta, dia akan meninggalkan pekerjaannya di siang hari hanya untuk menemui anda, tetapi dia akan segera kembali ke pekerjaannya dan kembali serius bekerja. Jika anda mampu untuk hidup dan menyintai seorang “workaholic”, maka anda sesuai dengannya. Jika dia marah, carilah tempat berteduh dari “badai”.

Tapi kemarahannya hanya akan sebentar saja. Dia bukan pembalas dendam, dan tidak akan memikirkan mengenai saat “pembalasan”. Ramai orang berfikir bahwa dia benar-benar “Wanita hebat”, walaupun sebenarnya dia benar-benar 100% wanita. Ia mudah terluka, maka sebaiknya anda bersikap baik padanya.

Jika dia benar-benar menyintai anda, maka anda beruntung, kerana dia adalah orang yang jujur, tulus, dan tidak akan pernah membuat anda bosan. Anda harus mengerti bahwa terkadang ia akan menjadi terlalu percaya diri, dan terkadang cenderung bersikap bossy.


hehe.. even though its not 100% right but most of it look like 'hey, its me!" hehe..
suka part yg ni:
~ Dia adalah wanita supersibuk dengan masalah-masalahnya. Bukan kerana dia tidak dapat menemukan lelaki idamannya, tetapi jika dia memang tidak dapat menemukan lelaki sedemikian, apa boleh buat.
~ Dia suka melakukan segalanya sendiri, membuka pintu sendiri, melayani diri sendiri.
~ Walaupun dia percaya diri, dia seringkali merasa kesepian dan sunyi.
~ Mereka yang dekat dengannya akan tahu bahwa disebalik semua percaya diri dan sifatnya yang berdarah dingin, ia sama rentannya seperti semua wanita.

And I believe this one last statement:
"Jika dia benar-benar menyintai anda, maka anda beruntung, kerana dia adalah orang yang jujur, tulus, dan tidak akan pernah membuat anda bosan."

I never really found LOVE yet.



cyst ovari

10-01-2011.. 6.17pm..

korang tentu pernah dgr pasal 'cyst'.. ni kisah-kisah penyakit yg salu ganggu org ppuan. Kelmarin dok msg-msg ngan member lama masa study dulu. saje tnya kabar cuma tk sangka la plak dia ade citer baru masa tahun baru kelmarin..

member aku dimasukkan ke wad sbb didiagnosis ade cyst ovari. warded for about a week sbb kena wat minor operation. terkejut gk aku. dia pun tk sangka smpai mcm tu skali jadinye. tk sempatlah nk bgtau awal.. mcmana dia bole kena cyst ovari tu? dia pun tatau.. katenye memula sakit perut, lps tuh muntah2.. terus g klinik kut.. Lps scan kena tahan kt wad. Operation.. Dh buang, cuma skrg katenye ade kdg2 pening dn nk muntah.. effect ubat.

hmm.. semoga kau cepat sehat dn sembuh dik. insyaAllah tkde apa yg memudaratkan kelak. puncanya? aku pun tatau.. kalo ikut bacaan aku, sume org bole dpt cyst ney.. dn cyst ni pun ade mcm2 jenis.

sikit info yg aku cedok drp laman web Kem. Kesihatan and etc..

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.


Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

* Sakit perut
* Rasa perut penuh dan tak selesa
* Rasa berat pada ari-ari
* Sukar atau kerap kencing
* Sakit semasa hubungan seks
* Muntah dan loya.

Diagnosis

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidaksuburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Then another term yg aku jumpa 'fibroid'

Apakah Cyst dan Fibroid?

FIBROID kebiasaannya terletak dalam rahim, manakala ‘cyst’ kebiasaannya pada ovari (kiri atau kanan). Dengan kehadiran fibroid, jenis ‘cyst’ ovari yang anda hidapi kebiasaannya ‘endometriotic cyst’.

Selain ‘endometriotic cyst’, ada pelbagai ‘cyst’ lain pada ovari. Punca sebenar kedua-dua penyakit ini (fibroid dan endometriotic cyst) tidak diketahui, tetapi ia berkaitan hormon estrogen yang banyak dihasilkan sewaktu usia reproduktif (bermula baligh sehingga menopaus) tanpa mengira sama ada sudah berkahwin mahupun belum.

Dua penyakit ini sering berkaitan. Rawatan lebih bergantung kepada tanda-tanda dialami seperti sakit dan seumpamanya, saiz serta keperluan kehamilan.

Ia bukanlah barah, namun untuk kepastian sebenar, ia hanya dapat diketahui sewaktu pembedahan dan ujian histopatologi makmal ke atas ‘cyst’ serta fibroid berkenaan.

Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan. Fibroid dan ‘endometriotic cyst’ tidak hilang sendiri. Saiznya dijangka mengecil hanya selepas menopaus (berikutan kekurangan hormon estrogen) ataupun dengan penggunaan ubatan tertentu (buat sementara waktu sahaja).

Pemeriksaan perlu untuk memantau pembesaran saiz serta tanda-tanda berkaitan. Anda berhak membuat sebarang keputusan, tetapi biarlah selepas mendapat penjelasan dan pandangan doktor.

Peringkat lanjut endometriosis mempunyai kaitan dengan masalah kesuburan.

Fibroid pula sebaliknya, ia kebiasaannya tidak menyebabkan masalah kesuburan, kecuali pada kedudukan berhampiran bukaan saluran falopian (dikhuatiri menghalang laluan sperma) atau jika ia membesar ke dalam ruang rahim dan membentuk polip. Ini jarang berlaku.

There goes another term 'endometriosis'. What is this?

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Knp aku interested sgt ngan topik neY.. tah le. bila jd kt kawan sendre, gerun jugak. sakit ni bole jd kt memana wanita samada dh kawen ataupun belum. Period aku lak, kalo dtg tk kurang jugak sakitnye tu.. tp kalo banding ngan member aku yg kena cyst ovari td, sakit senggugut dia lg teruk.. smpai tkley nk g kelas.. dn kena amik pain killer. alhamdulilah.. aku, lps tdo mlm insyaAllah esok kuranglah.. lps tu hilang..

nk bace lagi bole refer kt sini:
Portal Alam Hamil
Seri Pesona
Ratu Hati

p/s: risau plak kalo tkley pregnant.. semoga dijauhkanNya

Larangan Makan & Minum Pengantin

07-01-2011.. 6.22pm..

Arr.. knp pengantin?? huhuu..

Aku jumpe ni dlm blog http://anyambakul.blogspot.com
Kredit tuk anyambakul : )

Rasulullah pernah berkata..kepada menantunya Saidina Ali r.a.

"Wahai Ali, apabila pegantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruh tanggalkan kasutnya ketika dia duduk dan membasuh kedua-dua kakinya. maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikan ALLAH mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumah kamu..
dan ALLAH menurunkn 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu meratai penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila,sawan, dan sopak selama mana dia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu dari makan & minum

4 jenis makanan ini..
susu, cuka, ketumbar, epal masam

Saidina Ali r.a bertanya..Kenapa..?

Baginda menjawab..
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk dengan ini sebab dari 4 perkara (makanan) ini..untuk menghalang dari dapat anak..Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan tidak dapat anak"

Saidina Ali bertanya lagi..
Kenapa cuka dilarang ?( semasa haid dan seminggu pertama perkahwinan)

Baginda menjawab:
"Apabila minum cuka semasa haid.. sesungguhnya haidnya itu tidak bersih selama-lamanya"

Berikut 12 makanan yang digalakkan..

1. Roti
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

2. Jintan Manis
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Asparagus
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

4. Pisang
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

5. Barli
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

6. Selasih [ telur katak tu kan? ]
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

7. Mentega
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

8. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

9. Biji hitam [ ape ni??..lada hitam ker? ]
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

10. Ayam
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

11. Tamar kering
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini

12.Terung
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


braces aKa pendakap gigi

hmm.. apsal aku nk citer pasal braces ney plak ek.. hehe..

Sumber: norlirazali.com/2008/12/braces-pendakap-gigi/

Braces = pendakap gigi = orthodontic merupakan aksesori yg semakin mendapat sambutan di kalangan remaja atau separuh remaja yang ingin menambah kecantikan gigi dan juga ingin membetulkan kedudukan gigi supaya lebih teratur.. digunakan dalam bidang pergigian untuk membantu membentuk semula permukaan gigi yang tidak rata..

Hukum memakai braces - rujuk sini ..


Ada 2 jenis braces, Metal dan Ceramic


Ceramic lebih mahal berbanding metal... Bagi sesetengah org, mulut akan tumbuh ulcer sebab tak tahan dengan besi yg berada dlm mulut.. jd lebih seswai pakai ceramic.. tp hakikatnya Metal lebih baik "tarikkan" untuk membentuk gigi..lebih cepat effectnyer..



29-11-2010 tu.. aku survey satu klinik gigi kt kajang ni, maka ini penemuan yg aku dpt:

4 batang gigi akan dicabut. dua gigi atas dan dua gigi bawah.. ada jugak kes di mana giginya tak perlu dicabut langsung..

Biasanye kena pakai 2 tahun. Kalo katakan tengah2 2 tahun tu nk bukak (mungkin kerana sbb2 tertentu..), nnti ada extra charge sbb kena pkai braces baru tkley pkai braces lama dh.

Tetiap bulan kena dtg jumpe dokte utk ketatkn braces tuh.. (ni yg ku baca la).. tp ade gk yg kate tiap2 bulan bole tukar kaler braces tuh.. utk yg jenis metal kut kalo tk silap..

Lepas dah bukak braces, kene pakai retainer selama setahun.. untuk elak gigi balik ke bentuk asal..

Then, kalo dh setuju, dokte akan ambil X-Ray dan buat acuan gigi.. hehe..

Harga: RM4700 (termasuk cabut - dgr kate ade klinik kire cabut tu harga lain)
Deposit: RM1000
Installment: RM200

Amacam? Ada berani??? hehe..


PiXel Laser

ingat tk aku dh ade wat Pixel Laser? just wanna share this..

Dipetik daripada artikel Utusan line: Hapuskan kulit kusam

Kulit kusam terjadi disebabkan oleh masalah sel-sel kulit yang bercampur-campur. Sel kulit yang mati dan sel baru saling bercampur menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda. Pertumbuhan sel-sel juga lambat dan sel-sel baru kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak pudar.

Kulit sebegini sering mendapat white heads iaitu pengumpulan lemak dalam pori-pori kulit. Lemak ini berasal dari kelenjar sebum atau kelenjar minyak yang terlalu aktif. Oleh kerana pengeluaran lemak terlalu banyak maka kulit jadi berminyak dan memudahkan jerawat tumbuh. Begitu juga dengn noda hitam akibat sel-sel sebum dan bulu roma yang bercampur. Noda hitam yang banyak menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata. Kulit tampak kotor meskipun telah dicuci.

Satu lagi masalah yang menjadikan kulit tampak kusam ialah kesan parut lama. Apabila kulit berparut akibat daripada jerawat ataupun masalah lain maka kesan kehitaman mula terlihat. Mencuci muka sahaja tidak boleh membantu mengatasinya. Jika seseorang wanita itu bekerja di lapangan atau selalu terdedah kepada sinaran matahari, kulit akan menjadi lebih kasar, pigmentasi dan cepat berkedut. Ini kerana sinaran matahari boleh menyebabkan berlakunya pigmentasi. Pigmentasi akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua. Sinaran UVA dan UVB juga menyebabkan kulit cepat kehilangan kolagen. Kolagen pada kulit tidak boleh diganti dengan menyapu kolagen pada kulit atau dengan mengambil kolagen dari pemakanan. Oleh itu kita kena menjaga kulit daripada kehilangan kolagen dengan melindunginya daripada dirosakkan oleh sinaran matahari. Apabila kulit kehilangan banyak kolagen, maka berlakulah kedut-kedut di muka. Ini menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Satu lagi sebab utama yang menjadikan kulit tampak kusam adalah penggunaan produk kecantikan yang tinggi bahan kimia. Apabila sel kulit rosak ia menjadi kusam. Pemakainya tidak boleh berhenti menggunakan produk itu selama-lamanya. Kulit menjadi "ketagih" kepada bahan kimia itu. Tanpanya ia layu dan menjadi gelap.

Pixel Laser

Pada masa kini teknologi laser digunakan dengan meluas bagi meningkatkan kecantikan kulit. Laser pixel laser merangsang kulit dan mengelakkan masalah kulit kusam. Apabila pixel dibuat, pancaran laser yang menusuk kulit akan mengeluarkan sel-sel mati dan meningkatkan aktiviti sel-sel baru. Ini membolehkan sel lama dikeluarkan dan aktiviti penggantian kulit akan lancar. Dengan ini kita akan mendapat sel-sel baru yang lebih baik. Laser juga mengecilkan kelenjar sebum. Apabila minyak kurang keluar maka wajah tampak lebih sekata dan lebih berseri. Begitu juga dengan white head. Penggunaan laser menghapuskan white head akibat dari minyak yang banyak. Bagi saya penggunaan laser yang berkualiti adalah sangat mustahak bagi menghasilkan kesan yang diingini. Laser ada pelbagai jenis dan setiap satunya amat spesifik tindakannya. Laser jenis pixel bertindak menghapuskan jenis parut berlubang dan membuang sel-sel mati yang melekat pada kulit. Justeru itu ia amat sesuai bagi rawatan kulit kusam. Pixel sesuai bagi semua jenis kulit.

Selepas rawatan laser dijalankan amat mustahak bagi kita menjaga kulit agar tidak terkena pancaran matahari selama seminggu. Pada waktu ini amat penting sekali bagi kita menggunakan pelindung cahaya matahari yang baik dan krim pelembap yang disyorkan oleh doktor. Sekiranya langkah-langkah ini diikuti kita pasti mendapat hasil yang sangat baik dan kulit yang benar-benar halus dan mulus.

Kulit yang halus mudah diuruskan. Ia sukar berjerawat berbanding kulit yang kasar. Ini kerana kelenjar minyaknya adalah sekata dan tidak berlebihan. Ia juga tampak sempurna apabila disapu bedak atau mekap. Pori-porinya yang kecil membuatkan sapuan mekap sempurna dan sama rata.

Apabila berbedak dan bermekap ia mampu menyimpan bedak dan mekap jauh lebih lama. Ini membuatkan anda kelihatan segar dan berseri sepanjang hari. Mereka yang berkulit halus juga tidak berasa ragu untuk tampil tanpa mekap. Ini kerana kulit yang cantik dan licin akan tetap menarik meskipun tiada sebarang solekan dikenakan.

Bagi anda yang bermasalah kulit kasar dan ingin mengubah strukturnya menjadi lebih baik anda bolehkah mencuba kaedah ini kerana rawatan laser yang tepat sangat bermanafaat kepada kulit kita.



Am I really happy?

03-10-2010... 11.40 pm..

just got back from mak lang's house. open house di hujung syawal.. hehe.. cepat plak rasanye syawal berlalu. 4 kali je merasa weekend bulan syawal. umah aku ngan umah paksu tk sempat pun nk wat open house. tp bak kate ayah, tk syawal pun apa salahnye.. kn...

actually hari ni aku teringatkan kate2 member baikku dlm smsnye siang td.. asalkan aku happy.. aku asik bertanyakan diri.. happy ker aku? am I happy? ntahlah..


aku terbaca artikel ni dlm www.mentalhelp.net..

Am I Happy?

Sat, Jan 31st 2004

How does one self know when they are truly happy and when they are only trying to make some one else happy?

Anne Responds

When you're truly happy, you don't tend to ask questions like this. This is because, when you are truly happy, you aren't usually contemplating your life – you are enjoying it – immersed in it – making love to it. When you have doubts, or ambivalent feelings about your life – when there is a mixture of happiness and unhappiness – the unhappy parts end up sticking out in your mind and rub you the wrong way. The more introspective you are, the more you'll notice that they are there, but even if you aren't good at knowing what is going on inside you, you'll know that something is going on when you begin wondering whether or not you are happy.

- Anne



its a good article.. I highlighted these two phrase..
when you are truly happy, you aren't usually contemplating your life – you are enjoying it – immersed in it – making love to it
when there is a mixture of happiness and unhappiness – the unhappy parts end up sticking out in your mind and rub you the wrong way

and the writer was right..
still.. I'm asking myself.. am I really happy? If I'm keep asking, its truly its because.. I'm not...

.. aKu?? PeGaWai TeKnoLogi maKLuMat??

18 JuLai 2010.. 12.35pm

paGi neY aKu baNGun, kepala terasa rinGan.. paSaL apa?? haha.. paSaL sMLm aKu poTong ramBut.. kaSik konToT.. huhuu... (sorryy la tk sempat nK tunGGu raYe)

so 2Day, ahad.. goiNg noWhere.. hmm..
xtVt 1 - search KeJe utk aDik aKU + ZZN
xtVt 2 - search proGram masTer.. yeSs aKu nk smBg sTudy la..

maYbe UKM gonna be mY cHoice.. inTake - dis 2010
cost - about RM10K - Rm12K (uihhh..)

COURSE:SARJANA TEKNOLOGI MAKLUMAT
(Untuk calon yang mempunyai latar belakang IT dalam ijazah pertama.)
1. Sains Komputer
2. Sains Maklumat
3. Sistem Maklumat Pengurusan
4. Kecerdasan Buatan
5. Teknologi Maklumat dalam Industri

Jenis Pengajian : Kerja Kursus dan Tesis
Bentuk Pengajian : Sepenuh Masa sahaja


tengah surF2 td aKu terJumpa satu arTiKeL neY - inTeresTing - paDa mRk yg nK pegi intebiu F41 aKu rasa dis maY heLp u gUys..


RINGKASAN TUGAS PTM
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

SKOP TUGAS
  1. Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;
  2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;
  3. Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;
  4. Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan
  5. Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

TIGA (3) BIDANG PENGKHUSUSAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

I - PENGURUSAN ICT
  1. Perancangan Strategik ICT - Bertanggungjawab dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.
  2. Pengurusan Projek - Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.
  3. Pengurusan Maklumat - Bertanggungjawab menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumatsesebuah organisasi.

II - PEMBANGUNAN SISTEM
  1. Analisis Sistem - Bertanggungjawab dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
  2. Reka Bentuk Sistem - Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
  3. Pelaksanaan Sistem - Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.
  4. Penyelenggaraan Sistem - Bertanggungjawab dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.
  5. Dokumentasi Sistem - Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

III - KEPAKARAN TEKNIKAL

(a) Keselamatan ICT
  1. Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
  2. Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
  3. Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.
  4. Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes.
  5. Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.
  6. Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.

(b) Pengurusan Pusat Data
  1. Mereka bentuk Pusat Data.
  2. Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.
  3. Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data.
  4. Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).
  5. Menguruskan operasi Helpdesk.

(c) Pengurusan Rangkaian
  1. Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.
  2. Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.
  3. Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
  4. Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.

(d) Pentadbiran Pangkalan Data
  1. Mereka bentuk pangkalan data.
  2. Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
  3. Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
  4. Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.

(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana

  1. Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
  2. Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan auditkeselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologipengurusan keselamatan maklumat organisasi.

inTeresTing tK koRag raSa post neY?? Lps baCe arTiKel neY, aKu raSa aKu nK kena upDate faiL meJa aKu kutt.. hahaaa...

sapa nK tuKar suka saMa sUka nGan aKU??
maRiiii mariiiii.. iSi boRang..

Blogger Templates

.. joMmm desKerCiZe!

ExerCise 1:


ExerCise 2:
Sessuaiii uTk oRg yG KejeNye dok kt meJa jek (mCm aKu.. haha..)


ReaD iT furTher HereHow to Exercise While Sitting at Your Computer - wikiHow

iTs niCe!!!
Blogger Templates

.. Cara Elak Sakit Belakang

aLhamduLiLah.. haRini 16 juLy geNap 4 haRi aKu bercuTi dan beRehat kt rUmah, saKit bLkg aKu puN seMakin berkuRangaN. waLopun maSih terasa saKit siKit2 xpeciaLLy biLa memBongKok dn memuSing-muSingkn baDan.

kDg2 kiTe tk saNGka, keRana terLalu presSure anGGota baDan boLey effect sama. inGatkan kePala je kn.. yeLah, bG kes aKu pressuRe tuh tK lain tk buKan keJe opis La.. dh maSuk 3 buLan oTak cramp dGn keJe. I guess, my whoLe woRld cramp nGan keJe kut. acTuaLLy its not reaLLy cramp nGan keJe, its moRe pd preSsure frOm the so caLLed 'bOs'..

I juSt waNNa sHare sumThing heRe..

Sumber :

Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam sekitar
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Segala kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samada duduk, berdiri, membongkok, mencapai/ terdongak kepala untuk mengambil sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun belakang anda sedang berperanan. Sakit belakang adalah masalah otot dan tulang.

Apa yang menyebabkan sakit belakang (Faktur risiko)

1. Postur yang tidak betul

Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

2. Kurang senaman

Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.

3. Kegemokan

Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung.

4. Stres

Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.

5. Tersalah urat belakang

Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

6. Piring ruas tulang belakang tergelincir

Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.

Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.


Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.

Semasa berdiri :
Rihatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

Semasa memusing badan :
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

Semasa duduk :
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.

Semasa berjalan
Kepala tegak kedepan dan angkat dada sedikit.

Sewaktu tidur.
Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

Semasa mengangkat barang.
Mengangkat barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3 kg. (anggaran purata berat bayi baru lahir)

Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul di artikel yang lain.

Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

Penutup
Kita mesti ingat, untuk mendapat belakang yang sihat, kita hendaklah mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebra leher, tulang ruas vertebra toreks dan tulang ruas vertebra pinggang pada tempatnya serta seimbang kedudukannya. Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah dalam kedudukan semulajadi, dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada dengan berat badan.

Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.

Selamat mencuba.



Bibliographi :
Back care : National Safety Council
Ergonomics for beginners a quick reference guide : J.Dul and B.Weerdmeester


Thankz for reaDing.
hoPe tHis WiLL spaRe yOu soMe kNowLedGe.

.. duit bukanlah segala-galanya, tp segala-gaLanya perlukn duit..

16 juLy 2010.. 10.51pm..

haRi ini 16 Julai 2010, harga minyak dan gula telah naik dgn rasminYe. kononNye diselaraskan harganya (dikurangkan SUBSIDI, dinaikkan harga) oleh pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.


rege gula naik = eLoklah tuh. kurangKan manis dlm maKanaN..tmbhkn manis dlm senYuMan..

rege minYak naik = 'ibu' sgala keNaiKan
...tmbg bas, teksi psti naik.
..dkt2 nK puaSa nk raYa pula, baRangan pun aKan iKut naik.
kaLo miNYak tuRun, maKanan nGan tmbng baS teKsi neY tkDe pLak nK ikut turun kn?

raKyat diDahuLukan ke??!
aTau poKet seNdRe diDahuLukan??!

lelaki selalu berbohong, wanita sering menangis

05 Mei 2010..

dOk memBaca koMen dLm facebUk td.. aKu tertaRik ngan phrase ney..

kNp eKk... jomm baCe arTiKel ney..

Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

"Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami," katanya.

Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.

"Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana," jelas Dr. Tajudin.

Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.

"Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki' dan `bahasa wanita'. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan," tambah beliau.
Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.
Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.

Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.

"Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan," jelasnya.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?'.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.

Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia.

febRuaRy .. I jusT Luv iT!

diaRy..

haRi ni aKu dh berUsia 33 tahun 1 haRi.. hehe.. sMakin beruSia ku raSa biLa menGenangKan umo yG sMakin berangKa. aDe oRg tanYa aKu aPa aZam aKu sempeNa keNaikan umo neh.. kui333.. aZam kEr?? iHikss..

aKu tatau kNp.. kaLo buLan feB meSti haRi aku berBunga-buNga jer. eVen kena maRah pun, biLa lps2 tu aku teriNgat baLik, aKU raSa peLik juGak. aKu berJaya wat org yG maRah/teGur aKu tuh raSa keLaKar ngan keBengonGan aKu. Lps tu mesTi aku senYum senDiri.. heheh.. aKu raSa itu peruBahan yG aKu nmpk sempeNa kenaiKKan uSia aku taHun ni.. haha! aKu tkNk dh simpan2 dLm aTi.. aku nK saLu bLajar minTak maaF waLopun aKu raSa buKan saLah aku sepeNuhnya.. koRang tau tK.. biLa kiTe mintaK maaf kT orG yg maRah/teGur kiTe tuh, siKit deMi siKit haTi dia seJuk tau.. tK caYa koRang cuBa la. aKU dh buaT. alHamduLilah aku dpt raSa haTi org tu sejUk.. aTi kiTe pun automatically saMa2 seJuk.. insyaAllah..

Lg satu maYbe sbb buLan feb neh buLan buNga-bunGa kaSih kutt.. kui333. meReka yg laHir buLan feb neh aLa-aLa sWeet jek gTu.. iBratanYe keLiling suMe kaLer piNk jer.. ahahahaa..

waLo apapun.. I Luv feb veRy much. 1st of aLL coz I'm borned in febRuaRy.. that's maKe me an AquaRius.. simBol aiR gTu.. koNonnye la kn!

ni aKu peTik drp kaJian Dr Fadzilah Kamsah:

KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA - FEBUARI

Result: FEBRUARI

- Berfikiran abstrak
- Sukakan benda yg reality dan abstrak
- Intelligent, bijak dan genius
- Berpesonaliti yg mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pd segalanya
- Keras hati utk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong

-
Mudah memberontak apabila dikongkong
- Suka kegiatan yg lasak
- Emosi mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah mempamerkan marahnya
- Tidak suka benda yang remeh-temeh
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sgt berani dan suka memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yg bersifat seni
- Sgt romantik pd dalaman tetapi tidak pd luaran
- Berkecenderungan pd benda yg tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar utk mempamerkan emosi

inTeresTing. bYk yg beTul tuh.. hehehe..

and for tHis yR.. aKu berHarap buLan febRuary ini aKan memBawa sesuaTu dLm hidup aKU.. "aKU & sesuatu" hehe.. aKu masih meNanti 'hadiah besDay' kU!!

wahhh.. suMenye berBunyi susPen dn misTeri... huhuuuu...

3rd paRtY motor/car inSurance & MMIP

11 JAnuary 2010..

aRini aKu tk seMena-mena meMaksa diri menCari inFo paSal Nk reNew insuranCe moTor pakCik aKu. keLmarin g KurNia.. nk reNew 3rd party insuRance.. dh Tk aVaiLaBle. KurNIa kate dioRg dh tk oFFer lg starTing dis Year. ahh suDah! maNa pLak nk caRi 3rd parTy insURance uTk moTor buRuk tuh..

aRini aKU surVe inTerNet for inFo. mmG saH 3rd parTy inSurance dh tk oFFer lg by most insuranCe compaNy.

KUALA LUMPUR 24 Nov: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengumumkan mekanisme skim insurans kenderaan baru pada harga premium yang berpatutan dengan tahap perlindungan ditawarkan tidak lama lagi.

Perdana Menteri memberitahu, pada masa ini, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan masih mengkaji skim itu secara holistik.

"Ini adalah untuk mencapai peningkatan dalam akses, kecekapan dan kemampanan sektor insurans motor," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, kereta lama serta kenderaan yang berharga RM10,000 ke bawah akan tetap dibenarkan mengambil perlindungan insurans.

Di samping itu, katanya, kerajaan tidak bercadang menghapuskan perlindungan pihak ketiga yang merupakan keperluan wajib di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kata beliau, sungguhpun penanggung insurans semakin berhati-hati menawarkan perlindungan pihak ketiga akibat kerugian yang dialami, orang ramai masih boleh mendapatkan skim berkenaan melalui Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP).

Menurutnya, MMIP merupakan satu pakatan industri dengan para penanggung insurans berkongsi premium dan tuntutan secara sama rata.

"Perlindungan insurans daripada MMIP boleh didapati dari mana-mana cawangan ejennya di seluruh negara iaitu Multi-Purpose Insurans Berhad, Uni. Asia General Insurance Berhad dan Pos Malaysia," katanya.

Najib menjelaskan, kerugian yang dialami oleh penanggung insurans dalam perlindungan pihak ketiga berpunca daripada kos tuntutan yang tinggi serta tidak setimpal dengan premium dikenakan.

Petikan drp http://www.insuranceinfo.com.my/

sO td aKu coL UniAsia.. dioRg buat 3rd party tp as the teXt says, insured under MMIP (Motor Malaysian Insurance Pool). and guess wat, if ur motor/car aged more than 10 years u haVe to bRing it to puspaKom for inspecTion! arGhh.. daMn man! duLu nk tukar nama keTa atau nk juaL keta jer nk kena g inspect puspaKom. ni nK peGi reNew insuRan.. nk kena wat inspection puspaKom?? giLo menYusaHKan rakYat laa koRang nihh.. Lg bYk la keTa tKde insuran lps ni..

beTul ker nk keNa inSpect puspaKom? aKU coL pusPaKom.. mmG Yer pun diorg Kate..

so.. kesimpulannya.. nk wat 3rd party insurance:
1- inspection puspakom (jk kenderaan berumur > 10 tahun)
keta - RM50, motor - RM30
2- fotokopi ic/lesen
3- renewal notice

Choice of Insurance Company:
1- UniAsia
2- Multi-Purpose Insurance
3- Pos Malaysia (agen MMIP).

kaLo koRang ade inFo lain.. sudi-sudikanLah share kt sini..

ni kEs utk keTa2 laMa jer Yer.. kaLo koRang beLi keTa baru.. ataupun keTa korang baru 3 atau 7 taHUn.. koRang wat insuranCe compRehensiVe tkde maSalah mCm ni kut..

hurmMmm..