"Ya Allah!
Ampunilah Bagiku Dosaku, keluarkanlah kemarahan daripada hatiku
dan lindungilah aku daripada syaitan".
Pengajaran Doa :
- Satu hari, Rasulullah telah masuk ke dalam rumah dan mendapati isterinya A'isyah dalam keadaan marah. Baginda memegang rambut A'isyah dan mengajaknya membaca doa diatas. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Sunni, no: 457 dengan sanad yang hasan.
- Antara kelemahan manusia adalah sifat marah. Syaitan suka menghasut manusia agar marah kerana dengan kemarahan, banyak keburukan yang berlaku khasnya perlanggaran terhadap hukum dan etika yang digariskan oleh Islam. Demikian juga apabila kita mendapati ahli keluarga atau rakan dalam keadaan marah, ajaklah dia membaca doa diatas sebagaimana Rasulullah mengajak isterinya.
- Jika kita marah, maka bacalah doa di atas agar Allah mengampunkan dosa kita, mengeluarkan atau menghalau kemarahan dari hati kita agar dipelihara daripada hasutan dan gangguan syaitan.
jika kamu marah..
..
"Makin kita mendekatiNYA,
makin kita diuji,
Makin kita banyak berdoa,
semakin banyak ujian menimpa,
kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera,
tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yg diberiNYA,
kerana ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu
tapi DIA memberi apa yang kita perlu"
Subscribe to:
Posts (Atom)



