kisah langit dan bumi - israk mikraj

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.

Berkata dia kepada langit,

"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit,

"Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi,

"Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi,

"Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."


Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya,

" Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya,

"Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq,

"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S.,

"Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Wasallam.

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/10/kisah-langit-dan-bumi.html



.. bersihkan hatiku ..

jam sudah menunjukkan pkul 1.20 pg.. sudah masuk hari baru, harini 27 Jun 2011. pejam celik pejam celik sudah pun di penghujung bulan kita..

sejak akhir-akhir ni aku sering terfikirkan apakah yg aku telah capai dlm hidup ini hingga kini.. selain keje yg stabil, hidup ni masih aku rasakan kosong.. gembira? ya aku gembira. bahagia? ntahlah aku tatau..

ada yg ingin mengisi tp ntah knp susah sgt utk aku terima. knp dgn hati ni? tiada kehendak? tiada kemahuan? tidak berkehendakkan apa-apa lg.. tk spt dulu.. adakah hati ini telah betul-betul mati..?

"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"


kemaafan dendam yang terindah.. iya ke?


aku dh maafkan sume org. segala yg telah terjadi biarlah jd pengalaman dan pedoman utk diri.. setiap drp kita melakukan kesilapan, sengaja atau tidak, tidak perlulah dipertikaikan. aku sendiri byk berbuat dosa dan kesilapan yg aku sendre tk dpt maafkn. terlalu byknye kelemahan diri ini maka smakin hari aku smakin lemah menghadapinya. layakkah aku bersama org yg aku kecewakan harapan dn impiannye? jauhknlah aku dari terus merosakkan hati mereka yg kusayang...

YA ALLAH,
Sucikanlah hatiku, bersihkan jiwaku,
Ikhlaskan aku melakukan apa sahaja keranaMU,
Kurniakan aku iman yang sempurna,akhlak yang terpuji
dan pekerti yang mulia...


"Ya Allah...
Tunjukkan kepada kami yang benar
dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.
Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya."

AMIN





Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam (JKA)

21 Jun 2011..

harini hari penting. miting jawatankuasa audit dalam. pengerusi dato' KSU. masa, 9.30 pagi di bilik mesyuarat utama..


Gambar ihsan pakcik Google
seawal pkul 7.40 kaki telah jejak ke opis. seawal pkul 9 pg, kami urusetia telah bergerak ke bilik mesyuarat utama. harus ready everything b4 dato' KSU masuk. folder sume telah disiap dn disusun oleh Kak Bechik dn Shikin. tangging. laptop. slide. makan (of course). nasi lemak (tp agak tk cukup sifat).

pkul 9.45 pg.. KSU telah memulakan mesyuarat. memula rasa tk kena je. ye la. mcm2 citer dgr psl miting ney. kate KSU salu tensen la, smpai ada kalanya audit sendre kena marah. tp harini alhamdulilah, apa yg dilalui tk seteruk apa yg digambarkn.. hehe..

KSU melenting marah tuh biasa je bg aku.. dlm miting JPICT pun kalu ade pegawai tk wat keje yg sepatutnye pun kena marah gk kn..? cuma alhamdulilah, KSU kate audit dalam sudah byk berubah dn sudah punye pendekatan baru. 'Audit Dalam tujuannye utk membantu semua. Sebaliknye Audit Luar tujuannye nak cari kesalahan..' lebey kurang gtu la bunyiknye td phrase KSU tu.

so. everythin went well.. 1st time join da miting. baru nk kenal2 org. isu kali ni byk pd penyiaran, penerangan dn kebudayaan. alhamdulilah gk bukan aku yg present.. kalu idak mao aku pun membace slide jek. kui33333.. sronok gk jd urusetia. tp janganlah bos letak kami urusetia tetap plak. ampeh.

NEXT harus smbg keje-keje menyiapkn report pahang.. duhh..

ariosss!




akhirnye.. cancel jugak

07 Jun 2011..

smlm dh sronok cuti.. cuti penat la kononnye. 3-3 pakat coti.. huhu.. harini naik keje,agak tidak bersemangat la jugak utk memulakan kerja-kerja mengerjakan report.. mcm tu je la rutinnye keje wat auditing neY kut. kuar wat auditing.. pungpangpungpang.. 5 hari. balik next weeknye, pungpangpungpang bergelut ngan report. tuh tk kire report maklumbalas yg dpt drp auditi lg. report yg dok draf lg. minggu neY ade 2 report masih gantung. report perak yg perlu dihantar, next report pahang yg kami baru balik minggu lps. report maklum balas PNM masih belum terima lg walo janjinye last week. got to call JKKN for their report.. duhh... hidupnye penuh ngan report jek.

our next trip nmpknye terpaksa jugak ditunda (walo sblm pegi pahang haritu dh ade bau-bau terpaksa ditunda). walo hari mengenang jasa (mcm tu la lebih kurang bunyiknye majlis tu) telah confirm pd 29hb - menjadikan our next trip on - tuptup ade mesyuarat audit plakkk 21hb. knp la nk jugak minggu yg tu.. knp tk minggu depannye saje. dh terbayang-bayang dh patung kucing dom melambai-lambai kami dtg.. hahaa.. bukan apa,malas betul nk tunda jadual. udahlah auditi byk sgt nk kena cover. nk sendat jadual ntah ceruk mana tah. sabar jelah.

Mesyuarat Audit Dalam KPKK - Pengerusi: Dato' KSU - nmpk garang jek KSU KPKK neY. macam-macam citer tk best dh dgr pasal KSU kalo dok dlm mesyuarat tuh. mesyuarat audit watpe? hmm. bentang laporan audit laa.. apa lg citer audit kn? KSU kalo bace sendre tkbley ker.. kalo melapor dlm miting maonye seharian.. teringat dulu miting JPICT. samalah konsepnye tuh. Miting tk ingat donia..

apapun.. redha jek la. slide tk wat lg neY.. aduhh!


5 hari 5 malam Yang Lalu @ Kuantan

03 Jun 2011..

2day is our eXit daY!yeay!

as schedule,lebih kurang pkul 10 pg Exit Conference telah dijalankan.selepas melaporkan pemerhatian yg diperoleh sepanjang 5 hari kami di lokasi auditi.


setiap kali keje audit,macam ney laa keadaan meja yg penuh dgn fail.satu bilik mesyuarat tuh kami yg punye!haha..

selesai.

next,went back to hotel.check-out.check-out pun bukan punye lama nk kluar resit tuh.sabor yo la. anyway,hotel agak ramai customer as weekend is nearing. and also coz time tu adalah coti sekolah. most of the room are fully booked.

our flight pkul 7 mlm.so masanye agak pnjg sementara nk tunggu tuh kn. so,we were brought to kemamam. saje kononnye nk cari kepok lekor utk dibawa pulang.. hehe.. perjalanan lebih kurang 40 minit.kemaman, bandar yg paling dekat dgn kuantan. bandar kuantan pun agak sesak haritu coz org terengganu coti dn turun ke kuantan. kami singgah makan tghari kt kedai makan 'Aziz Satar'. bukan kedai makan the real aziz satar. kebetulan namanye sama, pinjam glamour sat.. hehe.. ramai org. cuaca yg panas jgn cakaplah kn. spnjg kami kt kuantan, panas teriknye amat. sedang kt KL kabarnye ptg je hujan lebat. smpai banjirlah... hmm.. betapa seolah jauhnye KL ngan kuantan tuh kn.. sedang kate driver kami,kalo ikut highway,Kuantan-KL hnya 2 hingga 3 jam perjalanan je. jauh lg KL-Ipoh ek..

haa.. mlm smlm, aku ngan Ain telah menyibuk-nyibukkan diri attend salah satu xtvt tahunan Jab. Penerangan iaitu.. 'Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 1Malaysia'. waa.. patriotik gtu kn... pertandingan diadakan kt ILP Kuantan, satu tmpt dinamakan Gebeng. agak jauh gk la drp bandar kuantan. dlm 30 minit gtu kut. pertandingan bermula pkul 8.30 mlm. 5 kumpulan bertanding peringkat akhir. sblm tu, semi-final telah diadakan smlm tp di lokasi yg lain. kira yg 5 ni adalah yg terbaik yg dpt ke final.



Dato' Pengarah sedang memberi ucapan dan merasmikan pertandingan akhir malam tu

rata-rata menurut staff JPM, peserta-peserta yg join kali ni bakatnye agak kurang berbanding tahun lepas. kata dato' pengarah, pengkisahan yg betul-betul dpt dijiwai selalunye berjaya dibawakan oleh JPM Sarawak. ada pernah satu pertandingan dulu yg dato' pengarah jd hakim, hingga betul-betul boleh membuat kite sebak.. wah. dahsyat tuh kn. setakat ni, kami belum smpai rasa mcm tu la kn.. ye.. pengkisahan ni ala-ala pertandingan syair, sajak, lakonan, nyanyian.. kisah berkisar ttg sejarah negara Malaysia sesuai dgn semangat 1Malaysia yg menjadi intipati pertandingan ni. mlm tu, kebanyakkan peserta membawakan kisah perjuangan Tun Mahathir dan Najib Tun Razak..

time to go back tuan-tuan dan puan-puan..


Boeing 737



nampak kotak A4 tuh? that's ours! huhuu...

reach KL pkul 8.15 mlm. smbil duduk menunggu kedatangan org yg nk dtg menjemput,terfikir plak minggu depan yg akan penuh dgn keje-keje menyiapkan repot. sblm our next trip.

g mana plaK lps neY??? hehee.... check it out okeY..?!
ariosss...


bertapa di bumi kuantan

30 Mei 2011.. 12.57AM..

sudah penghujung bulan Mei. skojap je rase. coti sekolah pun dh mula.

walo bulan apapun,keje-keje mengaudit tk penah putus.dek kerana jadual group aku yg agak ketat,coti-coti sekolah pun terpaksa keluar gk.group lain njoy jek dok kt opis.sambil ade yg amik coti.. bersama kluarga.

flight pkul 6 ptg haritu.pkul 3.30 lg dh bertolak dari umah.gara-gara nk elak keadaan kelam-kabut mcm nk ke labuan dulu.smpai last minute,nasib baik tk tertinggal flight.smpai kt KLIA agak awal,lebih kurang pkul 4.30 ptg terus g check-in luggage.pkul 5 dh settle. round-round la sekitar departure hall tuh sementara nk tunggu boarding time.dn menunggu anak buah aku duorg yg masih belum muncul-muncul.

nk dibuat citer,cik puan ain boleh terlepas flight plak haritu.kalut jugak aku ngan paulin.cik puan ain terpaksa ambil last flight ke kuantan haritu dari KL pkul 10.10 mlm dgn perlu membayar denda sebanyak RM100.info utk kami gk tuh.. jgn smpai terlepas flight lg lepas neY. tk pasal-pasal rugi RM100 yg tidak layak utk dituntut kerana atas kesilapan sendre.. hehe..

flight kami mendarat di bumi Kuantan lebih kurang pkul 7 mlm.


its an open air airport.baru nmpk turun kapal terbang ek.. haha.. this is my 2nd time in kuantan.

perjalanan teksi ke hotel penginapan ambil masa lebih kurang 30 minit.pkul 8 gtu baru siap check-in hotel. hotel m.s. garden ye kenkawan..


lembab betul kerani kt kaunter itu. bole.. isi borang nama org lain, ic no. tel, alamat, aku punye. peh2 suro sign plak. eh.. ade betul ke? kalut.

siap.. dgn segeranye kami naik lif utk balik ke bilik masing-masing. aku di tingkat satu, diorg plak kt tingkat 4.

tk sabarnye nk landing.. letih!


Lu Langsi Lu Mati

[actually ni en3 lama..saje tk publish..hiks]

korang dah tgk Kongsi? aku dh tgk.. 14 Mei 2011..

Sinopsis Kongsi


Filem Kongsi merupakan filem aksi komedi arahan Farid Kamil, memfokuskan pada siasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap satu kes pembunuhan bersiri ketua-ketua dan ahli-ahli yang berpengaruh 3 kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga kumpulan kongsi gelap ini menuduh antara satu sama lain kerana mereka tidak tahu pembunuhan ini dilakukan oleh siapa. Setelah mengetahui pembunuhan ini dilakukan oleh seorang pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam), mereka semua berusaha untuk menangkap Tumulak. Pembunuhan ini dirancang oleh Kimpedu (Bront Palare) yang mahu menguasai kawasan – kawasan hitam di Malaysia daripada kumpulan kongsi gelap Malaysia. Setelah identiti Tumulak dapat dikesan, Inspektor Shariff sebenarnya mengenali rapat pembunuh upahan itu. Apakah kaitan antara Inspektor Shariff dan Tumulak?. Berjayakah pihak polis menangkap Tumulak?

org baris panjang nk tgk filem ni. aku pun ada high expectation kt filem ni tp lepas dh tgk, agak kecewa gkla. tk spt yg diharapkan. sorry Farid Kamil... hehe.. maybe lebih kpd penangan shaheizy sam. pd yg dh tgk, apa pandangan korang ek? aku rasa citer ni tklah sehebat Ngangkung ataupun Adnan Sempit. lg kelakar dn citernye ade isi. citer ney lawaknye ade tp tk begitu masuk ke jiwa.. chewahh.. mcm baguss jek kn..

byk review yg aku bace, majoriti kate jln citernye agak kabur. knp tumulak nk kena bunuh sume ahli kongsi gelap? knp bronz palarez nk kena dok dlm tokong budha masa nk bg job kt 3 org anak buah dia tu? walopun diorg org siam, tp bukan ke diorg tu Islam? ke tk? tatau.. huhu..

hmm.. overall citer ni lebih kepada action komedi ringan je....dan khas untuk peminat fanatik Sam :)

all the best to farid kamil. arioss..


The Roommate

[ney pun en3 simpan wat pekasam, baru nk publish]

satu lg wayang yg aku sempat layan.. The Roommate.. 02 Mei 2011..
actually, tk plan langsung nk nengok citer neY. tah cemana bley layan. alang-alang dh smpai depan kaunter kn, belasah jek la memana yg agak-agak boley dilayan hehe..

Sinopsis The Roommate


College student Sara finds her safety jeopardized after she’s assigned to a dorm room with a new roommate, Rebecca. The cast consists of a pretty splendid bunch of upcoming stars including my favorite Leighton Meester (reason why I watched this movie), who is apparently the horror roommate, Minka Kelly, victim roommate. Also, other cast includes Cam Gigandet (Villain Vampire in Twilight) and Alyson Michalka (Hellcats/ Aly from Aly&AJ). This movie is directed by Christian Christiansen.




citer ney pasal sepasang roommate yg dok sebilik kt asrama (dh namanye roommate tentu le dok sebilik kn?haha..bengong..). heroin citer ni, sara sorg yg ceria, happy, chantek (of coz).. pehtu ramai member, salu join party ngan kenkawan dia la.. sosial la kirenye. peh2, rebecca ney dpt roommate, rebecca. mulanye tk obvious sgt psycho si rebecca neY. iyelah,smpaikn kawan tu balik lmbt pun si rebecca ni boley histeria, marah-marah. dh mcm ade curfew gtu kn.. memula tkde la si sara ney syak apa-apa tp bila roomate rebecca ney perangai makin pelik, smpai jeles si sara bila spend time ngan kenkawan lain,smpai member si sara neY ngadu pd dia yg rebecca ney ade sumthing wrong tk kena.. mental gtu. sara pun maybe rasa tk sedap hati kut.

last-last tu lps investigate, baru dia sedar roommate dia neY ade sikit 'sakit'. especially bila parents rebecca pun mcm takut-takut ngan anak sendre..

citer ney biasa-biasa je. tp heroin dia si Minka Kelly neY cun seY.. patut pun kalo si rebecca tu jeles kut.. haha..


ariossss.