haha.. nyanyi utk diri sendre.. bole gtu?
sbenarnye aku teruja sungguh nengok kek tuh.. nyumm nyummm..
patut jgak kut korang yg komen dlm FB aku kelmarin teruja sama kut.. ye??
wah.. dh semakin tua dh niii..
hopefully bole maintain kecik kn.. heee...
anyway, alhamdulillah aku bersyukur dgn apa yg dikurniakanNya hingga hari ini.
walaupun ade perkara yg tk dpt aku capai sehingga ke saat ini, tp Allah SWT Maha Mengetahui atas segalanya kn?
(masih dan sedang mengajar hati utk menerima dan redha atas segala ketentuanNya ~ walaupun kadang-kadang masih tk kuat)
kawan-kawan, tkasih atas ingatan dan doa korang yg telah wish aku spnjng 2, 3 hari ni yer. semoga doa kalian diperkenankanNya. amin.
buat korang yg telah, sedang dan akan menyambut ulang tahun kelahiran, aku nk share doa ni utk diri aku dn utk semua..
Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku….
Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa.
Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besarnya kasih-Mu….
Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu,
kepada siapa lagi harus aku mengadu?
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah…
namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah.
Adakalanya aku kurang kesabaran.
Ada masanya aku goyah keimanan.
Ada masanya aku terikut bisikan syaitan.
Namun dengan limpah kasih sayang-Mu,
Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku…
Engkau Yang Maha Besar…
peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Terimalah pemohonan hambaMu ini Ya Allah..
Amin Ya Rabbil-Alamin.
original doa ni kt SINI




































