saya amat mencintaimu

actually time-time gni masih lg dlm mood raye. tp tahun ni raye-raye kite layan movie kt panggung jerlah. udah tatau nk watpe. penat layan kueh raye.. huhuu..

SAM. arahan sorg lg anak Yusof Haslam, Syafiq Yusof yang berumur 18 tahun. adik si Shamsul kn33? SAM = Saya Amat Mencintaimu. ye kerr?? sorg friend aku kt FB kate movie ni kisah pasal org giler.. huhu.. Membariskan bintang-bintang hebat spt Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi...



Sinopsis Filem

Sebuah filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani).

Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin). Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

kisah org sakit mental ghupenyer...


chiao!

0 komen: