Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.
pejam celik, pejam celik alhamdulilah kite dipanjangkan umur utk berjumpa semula dgn Rejab, bulan yang dijanjikan keampunan oleh Allah SWT bagi sesiapa yang mendambakannya. diikuti sya'ban dan kemudiannye ramadhan. kata para ulama:
"Rejab bulan Istighfar, Sya'aban bulan Selawat, Ramadhan bulan Al-Quran."subhanallah, Dia telah mengaturkn segalanya utk umatnya.
DOA BULAN REJAB
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Amalan-amalan baik bulan Rejab
> Puasa - Jika tidak mampu buat semua, boleh puasa pada Isnin & Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.3, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam.
> Istighfar - Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan"
atau amalkan Istighfar ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
Amin Ya Rabbila'lamin








0 komen:
Post a Comment