wayang ~songlap~

Yey!
wayang lagi.. long time since I last tgk wayang :)

so.. 17 dis - saturday, aku habiskan masa ptg ke viva home kerana nk menonton movie Songlap. sapa lagi pelakonnye, tk lain tk bukan si shaheizy sam ler. hiks. idak la minat giler baban tp menurut review mereka yg telah menonton, watak sam kali ni lain drp watak yg dia pernah bwk. kalo tgk sam insyaAllah tk rugi kut knnn.. lagipun ni movie ke-2 pengarah 'Sekali Lagi', Effendee & Fariza Azlina :)


okay, actually kisahnye ialah kisah penjualan bayi @ pemerdagangan org. mmg isunye agak berat tp okaylah. jalan citer tk menyerabutkn pkran :). Am (SAM) ngan adiknye Ad (shafie naswip) kejenye jd org tengah dlm penjualan baby. so, dlm citer tu watak hawa (sara ali) ialah watak seorang anak yg diperkosa dek bapaknye yg akhirnye dia pregnant. hawa lari dari rumah tp dia dijumpai dek kumpulan jual baby yg kononnye nk bg dia tmpt perlindungan. padahal sbenarnye diorg nk baby dn jual ppuan kt sindiket. si Ad tk smpai hati biarkn hawa ngan baby dia kena jual sbb kbetulan hawa ni adik kawan baik dia,razak yg meninggal sbb dadah.

so.. start kt situ le kemuncak citernye bila Ad bwk lari hawa ngan baby dia, Am kena kejar dgn sindiket baby tuh sbb dikatakan berpaling tadah. last2 sedih gk sbb Am tknk ikut Ad balik ikut hawa cari kakak dia. hehe..


anyway, ni sinopsis penuh:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

scene dalam songlap


peneraju utama, shaheizy sam, sara ali, syafie naswip


aku suka dialog2 diorg. mcm selambe and very natural

"Kalau menari boleh dapat 50 ribu, dah lama Dr Romzey belajar la..."

"Man, takkan aku nak kencing orang hensem macam kau Man.."

amacam? korg dh layan?
;)



0 komen: