Ujian Itu Rahsia Allah SWT

Assalamualaikum,

Pepatah mengatakan "Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul". Ya. Ada benarnye kata-kata itu. Hakikat dugaan dn ujian yg dihadapi hnya yg empunye diri yg tahu betapa beratnye ia.

Tk pernah pun antara kita mendoakan yg buruk-buruk pd teman-teman. Apatah lg teman-teman yg begitu akrab dgn kita. Bgitu juga kita tkkn meminta yg buruk-buruk terjadi dlm kehidupan kte. Tp kuasa tuhan tiada siapa yg dpt mengelak. Jika DIA berkehendakkan demikian,maka jadilah ia. Lewat ptg smlm aku sedih mendengarkn perkhabaran yg disampaikn oleh seorang sahabat, yg agak rapat juga denganku. sahabat yg ku kire happy-go-lucky dn jarang skali punye rasa buruk sangka,sakit hati mahupun mengada-ngada dlm pergaulannye sehari-hari. Murah hati, semua org menyenanginya. Aku lihat dia sbg seorang yg alhamdulilah, cukup sempurna kehidupannye. Dikurnia teman hidup, dianugerahi cahaya mata penyeri dn pelengkap kehidupan berkeluarga di samping rezki yg dilimpahi olehNya.

Namun, musibah, ujian dan permasalahan kehidupan ini hadir tanpa kita jemput. Ia dtg dlm pelbagai rupa. Tidak kira masa, tempat dan situasi. Tidak kira samada kite sdg susah, senang, mewah atau melarat. Tidak mampu kita menolak ketentuanNya.


Kata Ustaz Mohd Raziqin dalam satu usroh, punca utama kepada seseorang itu gagal menerima ujian dari ALLAH ialah kerana dia tidak memandang masalah itu sebagai ‘hadiah’ dan ‘pengiktirafan’ dari ALLAH SWT kepadanya untuk ‘dinaikkan pangkat’ di sisi ALLAH SWT sebaliknya memandang masalah tersebut sebagai ‘bala`’ atau ‘malapetaka’. Ternyata persepsi tersebut adalah salah.

Pandanglah sesuatu itu datang dari ALLAH SWT,termasuklah masalah yang dihadapi dan berusaha sedapat mungkin menyelesaikan masalah tersebut kemudian bertawakal dengan keyakinan bahawa orang yang bertawakal akan sentiasa dibantu oleh ALLAH SWT.

Tanda seseorang itu beriman dan dikasihi ALLAH SWT ialah dia sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan dia sentiasa mengadu kepada ALLAH SWT akan masalah yang dihadapinya yang menyebabkan dia merasakan tiada pertolongan kecuali daripada ALLAH SWT semata-mata.


Kadang-kadang kita lupa dgn nikmat Allah SWT sehingga kita lalai memanjat syukur kepadaNya. Jadi Allah SWT mengingatkn kita. Spt mana ibu kita dulu sering ingatkan kita bila kita lupa nk basuh kasut sekolah. atau mengingatkn kite utk siapkan keje sekolah sbb kita terlalu asyik masyuk melayan tv. Bila kite degil sgt, satlg ayah dh pegang rotan gamaknye kn? Ataupun merasalah telinga kena piat. Mungkin musibah waktu tu tklah seberat musibah bila kite meningkat dewasa..

Bukankah, Allah SWT telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Semakin besar ujian seseorang maka semakin tinggi darjatnya disisi ALLAH SWT..

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia,
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Bersabarlah sahabatku. Kuatkan semangatmu. Bajai kesabaranmu. Mungkin aku tidak berada dalam kasutmu, namun tabahlah. Hanya DIA sebaik-baik tempat utk mengadu dn memohon pertolongan. Berusaha perbaiki diri. Usah tonjolkan kelemahan kita pd syaitan. Syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah selemah-lemahnya.

Kadang-kadang ujianNya pd sahabat, juga nak tunjukkan sesuatu pd sahabat yg lain. Di samping mengingatkan kau, secara tak langsung aku juga mengingatkan diri aku..

Ujian itu rahsia Allah SWT


wALLAHu a`lam..

Artikel ini aku rujuk:
Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.
Betapa Sayangnya Allah Pada HambaNya
Ujian dan Dugaan Tanda Kasih Sayang Allah



0 komen: