Rindu
rasa murni yang tulus dari hati anugerah dariNYA
lahir dan hadir dengan sendiri tanpa di pinta
kata orang rindu itu indah
tapi kenapa aku rasa sesak sangat
sejenak aku fikirkan
kenapa tidak aku benci saja dia
namun terasa sulitnya
rindu jadi sembilu bila ia jadi semakin rindu
walau kite marah rindu itu tetap datang
bila benci rindu jua yang datang
kenapa..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak" Al-Baqarah:216
kehidupan ini indah kn?
keindahan itu hasil dari pelbagai warna dan rasa
rasa yang lahir dari hati dan jiwa mungkin juga keinginan
satu rasa dari beribu perasaan adalah rindu
Bersama kesepian yang bertamu, jiwa dan diri seakan dekat dengannya
dan aku sekali lagi merasa rindu
biar pun rindu itu terlalu hebat
tapi tidak mungkin untuk aku bersua muka
bimbang nanti rindu menjadi benci
Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini kerana aku yakin setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Hidup ini memang tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andai dia milikku maka satukanlah kami
Andai dia bukan untukku maka jauhkanlah dia dari hati ini
Amin...
R.I.N.D.U
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 komen:
Post a Comment