hari ini hari ke-2 umat Islam menyambut kedatangan syawal. rasanya masih belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan salam syawal buat semua teman-teman yg mengenali diri ini. tidak kira samada teman-teman di dunia nyata mahupun teman-teman di alam maya.
sempena kedatangan syawal ini, ku memohon ampun dan maaf kerana di sepanjang perkenalan kita pasti ada salah silap yg telah kulakukan. semoga kalian tidak menyimpannya dlm hati dan dpt memaafkan diri ini. buat sahabatku arwah mahadi mohd. kukirimkan al-fatihah dan doa sebagai teman moga tenang rohmu di sisiNya.
salam aidilfitri untuk semua.
ampun maaf zahir dan batin.





0 komen:
Post a Comment